Tuesday, June 22, 2010

dah mengandung baru nak nikah?


seorang ibu datang menangis kat rumah atok saya berceritakan tentang anaknya. nangis senangis2 nya. aku yang duduk dalam bilik hanya pasang telinga dan senyapkan diri mendengar luahan seorang ibu. betapa hancurnya hati dan perasaan si ibu bila anak yang dibesarkan dengan baik mencemarkan nama baik keluarga. mengandung 6bulan baru nak nikah. apa hukumnya?

atok cakap takdir. kena usaha dan ikhtiar. tak boleh marah2. nasib baik lelaki tu nak bertanggungjawab kalau tak memang bodoh gila. kita sebagai manusia biasa, cerita ni macam dah basi. tapi bila keluar sendiri dari mulut seorang ibu, aku yang dengar pun sedih.

cuba bayangkan seseorang datang mengadu kepada seorang mekanik kereta apabila enjin keretanya rosak.

setelah diselidiki, didapati enjin rosak dengan amat teruk. apabila ditanya sebab kenapa enjinnya rosak teruk, maka tuan punya kereta menjawap 'kerana saya letak minyak tar dalam tangki petrol....'

sudah tentu mekanik tu bengang gila dengan perangai 'kurang cerdik' tuan punya kereta. kemudian apabila diberitahu kos untuk membaiki enjin itu adalah mahal dan sukar, tuan punya kereta membebel dan marah2 serta minta kos jadi mudah dan murah.

'mana boleh murah dan senang kalau macam ni. dah hang teruk sangat jaga kereta. kalau nak murah LAIN KALI JANGAN LAH MASUKKAN MINYAK TAR DALAM TANGKI PETROL OK!' kata mekanik yang bengang tu.

masing2 ada pendapat sendiri. dah berzina hingga mengandung barulah sibuk nak pikir hukum halal haram dan kesannya. confirm lah penyelesaiannya agak sukar kan.

kita sebagai anak dan seorang perempuan ambil kisah ini sebagai iktibar. semoga dijauhkan daripada kami. amin.

Apabila seorang lelaki dan wanita itu telah bertaubat dengan taubat yang benar, dan berkahwin semasa si wanita itu sedang mengandungkan anaknya secara pasti. Perkahwinan itu adalah sah menurut Mazhab Syafie dan perlulah didaftarkan sebaiknya.

Mazhab Hanbali menjadikan taubat sebagai syarat untuk diterima pernikahan tersebut. Ia berdasarkan tafsiran mereka dari surah an-Nur ayat ke 3. Bagaimanapun majority ulama tidak menjadikan taubat sebagai syarat sah pernikahan penzina tersebut.


8 comments:

Hanis Amanina said...

kasihan dekat anak tu nanti. :(

.aira. said...

tulah,takpena pikir akan mase depan, ikot suke jee nak buad, dah buad baru nak menyesal,

jempot lihat blog dan tingglkan jejak yee :D
aiz batu campur - tips mengelakkan perut buncit, haha

f.A.r.A.h said...

amanina : tau xpe. tapi ada org nak tanggungjawab ok la kan.

aira : saya setuju. so jaga diri baik2 :DD

watchalawatco said...

macam alicia keys pulak.. hakhakhak

f.A.r.A.h said...

wan : alicia keys tu dah terlebih maju. :D

f.A.r.A.h said...

nhidayat : tu semua tau. tapi nak wat cmne benda dah jadi.

pasal tutorial tu saja je try :)

HairiAks said...

Kesian dgn anak tu.. nak letak bin & binti siapa.. anak yg x berdosa.. pasti budak tu malu bila dh besar...
Prince follow awak.. nanti follow prince ok..

Jemput datang blog Prince bace entry baru.. Jangan lupa komen-komen ok..
Prince Hairi- Awas Ketika Makan Apple

f.A.r.A.h said...

hairi : memang kesian. tapi nasib baik dua2 ngaku salah. takde la dapat beban kat anak tu nanti kan :)