Wednesday, September 15, 2010

tak reti sabar ke sayang.

tak sabar nak packing beg
tak sabar nak bangun pagi pagi esok
tak sabar nak mandi, makan and pape lah.
yang pasti tak sabarrrr!

act esok nak pergi LANGKAWI. family besar punya vacation. family sebelah mama. nak kutip duit raya kat sana plak. flight pukul 10am. orang cakap sabar itu separuh dari iman. semoga sifat sabar itu ada dalam diri saya :)

ahad balik dari langkawi. nak order apa apa just give me a call :DD start class on monday. bila nak update story baru tak tau laa. nasib baik assignment dah siap masa cuti puasa hari tu. good FARAH! well done :)

Tuesday, September 14, 2010

cerita hari raya [ part 1 ]

first of all SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI lagi sekali kepada kalian kalian yeah :)

akhir nyer! dapat gak duduk depan laptop. kat kampung takde internet. nak update and upload susah. tapi nasib baik boleh online guna opera mini. 'internet di hujung jari jew' hee so takde la bosan sangat. hari raya pertama jew ramai dah upload pic raya. ish, tak adil! jealous jealous! hahaha semua busy tanya gambar raya. tak reti sabar ke wok?? :DD

so, macam mana raya? hopefully semua baik baik yeh. tahun ni macam biasa dan macam tahun-tahun sebelum nyer sambut raya dekat johor. first raya dekat KL rumah atok.

salam bersalaman dan masa maaf bermaafan adalah saat paling malu. hee air mata mesti nak keluar. lagi lagi time salam atok perempuan sebab dia nangis dulu. lepas tu baru salam abah dan mama. sob sob..

im twenty ok. rupa macam saya layak lagi ke dapat duit raya? haha [ layak ohh, belom kerja lagi meyh.. ]

kumpul ramai ramai, makan makan, take family picture then gerak ke kampung masing masing. lepas solat jumaat gerak ke muar johor. kampung mama dan abah dua dua kat muar. so tak payah nak gadoh gadoh nak lepak mana dulu. [ copy paste ayat raya tahun lepas, cuma cara penulisan diperbaiki :) ]

kami adik beradik. sama tapi tak serupa. for your attention, saya lagi kecik 'sikit' dari adik saya. kenapa? tah laa. comel kan *perasan, haha

update dengan laju. ni baru part 1. next, cerita saya bersama kezen kezen dan family tercinta. nanti kan sambungan nyer. weee~ bai!


Wednesday, September 8, 2010

salam lebaran untuk semua

last update before busy sambut raya. no more update between this week.
malas pula nak layan online ni. nanti mama bebel bebel :)
[kemas rumah, sapu sampah, kemas baju nak balik muar,
buat kek, susun kuih dan sewaktu dengan nya..]
ucapan please :DD

saya, NURFARAHIN ingin mengucapkan selamat ari raya
maaf zahir dan batin.
dikesempatan ini FARAH nak minta maaf dan berterima kasih
pada sesiapa sahaja yang sudi mengunjung dan
menziarah blog FARAH ni.
ampun dan maaf dipinta yeh dari hujung rambut sampai hujung kaki.
salam aidilfitri
semoga perjalanan pergi balik dirahmati ALLAH.
berhati hati dijalan raya, ingat lah orang yang tersayang.
amin!

p/s : jemput datang rumah. hee

Tuesday, September 7, 2010

penggunaan kad raya? ada lagi ke.


malam ni, teruskan lagi dengan terawih untuk malam ke-29, insyallah semoga dapat habiskan dengan jayanya. macam baru semalam jew aku tulis pasal hari raya 2009 pejam celik pejam celik cepat jew kan masa berlalu.

hari ni dah masuk minggu akhir puasa. kat rumah aku tak penah nampak langsung bayang bayang kad raya. but since semalam,tiba tiba ada surat atas meja. kad raya for PUAN ROHANI! haha excited dude. abah balik pun bawa kad raya. hey, mana kad raya akak ni?? *tak puas hati :D

ingat dulu kecik kecik selalu dapat kad raya. kumpul siapa dapat paling banyak. pastu dengki tunjuk kat adik beradik yang lain. pastu time raya, lekat kad raya banyak banyak kat dinding. sweet! rindu kenangan lama. pengalaman adalah kenangan dan kenangan adalah pengalaman. saya setuju!

zaman sekarang ni macam macam kemudahan ada. tak main dah kad raya kan? lebih mudah berhubung dengan sms, mms dan segala bagai. lagi lagi komunikasi laman sosial seperti twitter, fecebook, mayspace dan lain lain. aku sebagai salah seorang pengguna facebook merasai benda ni. setiap hari ada jew orang tag nama bersama kad raya. senang dan mudah! satu gambar boleh tag ramai orang. cara ni sekali gus memanfaatkan teknologi maklumat yang sedia ada. bagus rakyat malaysia ni.

masing masing ada pendapat sendiri. menghantar kad raya lebih peribadi dan ada nilai sentimental. ini adalah cara lama tapi membawa maksud dan kepuasan tersendiri. siapa tahu kan melalui kad raya orang yang merima lebih terharu gituuu. haa, siapa nak bagi kad raya kat aku boleh jew. nanti aku bagi alamat, hahaha

*SELAMAT BERPUASA dan menghitung hari untuk jejaki bulan SYAWAL. minta maaf diatas penggunaan 'AKU' pada insan yang lebih berumur yeh :DD

Sunday, September 5, 2010

ramadhan gathering 2010


like my older post. excited! haha memang gempak and meriah. 8 tahun tak jumpa dari darjah enam. apa perasaan? SEK KEB SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH! reminds me everything about the past. zaman kecil2 dulu.

terharu bila dengar cikgu ramlee sebagai wakil cikgu bagi ucapan. kitorang adalah batch pertama yang buat gathering macam ni!! gila best. dapat jumpa cikgu raziman, cikgu daud, miss philo, pn rozita dan lain lain.

terima kasih pada makhluk makhluk yang organize event ni. atika rosdi, afiq karim, hafiza, anis, sufi and syammil. first time jumpa kat sunway hari tu takde la seramai ni. boleh ingat lagi muka. for this event nasib baik kami dibekalkan dengan name tag. hahaha daripada tak kenal jadi kenal terus. masing masing muka dah lain. yang kecik, kecik sangat. yang besar, besar sangat. semua bertambah kacak, comel dan anggun dengan berbaju melayu dan kurung serta kebaya. so sweettt..

duduk satu meja with fify, syima, nabihah, alaa damia, ameera and liyana. makan makan, borak borak. ada lah lagi beberapa orang yang dah tengok nama pun still tak kenal. sori hilang ingatan sebentar. hee yang penting rindu korang lah. korang memang best!

kanak kanak riang, hope dapat jumpa lagi :DD

we love SKSHAH
macam yang EMB cakap siapa yang tak datang memang rugi! lepas buka puasa, makan makan, potong kek, photoshoot ada sesi bersalaman bersama cikgu cikgu tercinta. sedih! hee next year buat lagi eh. :DD

Wednesday, September 1, 2010

dulu kecik sekarang sudah besar ohh. excited!


excited dengan ramadhan gathering 2010 ni.
excited nak jumpa budak budak kecik yang dah besar.
excited nak jumpa cikgu cikgu
yang pasti EXCITED!!

next saturday punya event.
kredit to bos : EcarMiowBoyot