Friday, November 26, 2010

TAG dari PEPOL

terlalu rajin dan takde kerja so layan kan tag dari pepol ni. btw, thanks yeah :D


1. Nama blog anda dan kenapa letak nama tu?

NURFARAHINASIR kenapa? sebab mudah bagi saya dan kawan kawan nak ingat nama tu.

2. Nama URL blog anda dan dari mana datangnya idea tu?

http:// nurfarahinasir.blogspot.com, idea tu tak datang dari mana mana. memang nak letak nama sendiri sebab blog sendirian berhad kan. parents bagi nama sedap2 tak salah nak guna kan? hee

3. Apakah method dalam penulisan anda?

haha tah laa. blog ni lebih kepada personal kot. free to write :D

4. Apa perasaan anda bila lihat blog orang cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak ( kdg2 blog sendiri cantik tapi merendah diri)

um,automatik follow blog si dia. buang laa sifat cemburu tu dan baiki apa yang perlu. mungkin boleh jadi kan blog si dia sebagai tempat nak cari idea. tapi bukan la curi idea. haha itu yang terbaik kan?

5. Bilakah blog anda diwujudkan?

november 2008 :D lama dah kan.

6. Siapakah orang pertama yang tahu dan menjadi follower blog anda?

my lovely cousin, si gigi besi yang comel :)


result exam? penting sangat ke bagi student.

penting laa. tanda usaha kita selama ni. betul kan?

masuk semester 5 baru aku rasa susah nyer belajar. dulu banyak main tapi setakat ni alhamdulillah result yang aku dapat dari sem1 sampai sem5 memuaskan. maybe, persekitaran tu main kan peranan penting bagi seseorang pelajar.

housemate aku yang sekarang ni adalah yang terbaik. cara dorang belajar, aku suka. and the most happiness is? kami semua dapat anugerah ketua jabatan. sama sama makan, jalan, tidur dan belajar dan sama sama berjaya. cerita macam bagus la plak kan. haha

ada tak orang yang study gila2 sampai tak ada masa untuk kawan-kawan? asyik study je sampai semua orang tensen tengok dia. macam yang biasa kita dengar, STUDY SMART bukan STUDY HARD.

aku jenis study last minit. tapi takde la last minit sangat kan. gap masa between paper panjang so sempat nak study. terhegeh hegeh nak buat note. padahal tak perasan note tu dah penah buat. such a waste. tapi takpe asalkan ada usaha kan. tapi jangan sampai last2 satu apa pun tak ingat sudah. jangan hafal benda2 tak penting. cara aku, just buat revision and note past semester exam paper. haha tapi bila ada soalan yang tak pernah keluar, ternganga la sorang2 kan.
btw, aku gembira dengan result aku. bersyukur banyak banyak. thanks mama dan abah sebab banyak doa kan akak.

sebenarnya nak mohon sambung degree guna result sem5. senior cakap boleh so kita ikut kan aja laa. sekarang tunggu result MUET jew. hopefully dapat BEN yang tinggi. haha demand! :DD

Wednesday, November 24, 2010

gua dapat rm500 cash. korang ada ke?

kerek tak? kerek tak? haha hasil duit nuffnang ke? ya enggak laa. tengah sapu sampah jumpa duit. korang caye? mesti lah tak kan. aku tau korang lagi kaya dari aku ^_^

masa first time orang tu bagi duit ni, aku senyum jew sambil ucap "terima kasih.."

cuti semester 3weeks ni aku duduk rumah jew. tak merancang nak keluar pergi mana mana. malas dan takde kawan nak keluar. *katak bawah tempurung. takde orang nak kawan :( haha time ada duit takde orang nak ajak keluar. time papa kedana terhegeh hegeh nak ajak jalan jalan. haisyooo.

so, i shopping with my sibling laa. si gemuks! wedge CROC :)

handbags! mama cakap i should have one.

lagi? adalah shawl, inner syria, jam tangan dan lain lain. cari wedge colour hijau tapi takde.

fatin liyana

love to read her blog. fashionista. cantik! bukan nak jadi seperti dia. tak mampu pun. tapi cuba untuk ubah diri menjadi bukan yang terbaik tapi yang lebih baik dan baik. *sigh, tiba tiba :)

btw,dapat duit ni dari sumber yang halal. sayang abah sangat sangat. thank you so much! :DD

missing.

berita TERGEMPAR.

IC saya hilang! *sedih, haha
kalau jumpa sila pulang kan pada saya yeah.
saya akan bagi reward :DD
terbaik :)

macam mana boleh hilang? tak tau laa. takpe jadi pendatang asing celup sementara, hee

semalam dah pergi jabatan pendaftaran negara kat area gombak tu. abang tu cakap 1st time hilang bayar rm110. tapi kalau student dan tunjuk kad matrik dapat diskaun rm60. kalau report polis? bayar ke? free ke?

abang tu cakap sama jew kena bayar gak. tapi member aku cakap kalau report polis kena bayar rm2 jew. sebab JPN ingat kita saja hilangkan kalau tak buat report polis. hmm, sape cakap betul ni? no wonder semalam abang tu ada tanya "ada lapor pada polis tak?.." *thinking U_U



Sunday, November 21, 2010

hey, kawan saya dah kawin! [part 1]


tahniah kepada PUAN FATIN dan ENCIK EPY.
19 nov 2010 , jumaat.
semoga berkekalan dan bahagia selalu :)

.......................................................................................................

Sekarang trend kahwin awal. Best tak kahwin awal? Mestilah best. Kalau tak, takkanlah saya teringin kahwin awal. Eh, tapi kenapa saya teringin kahwin awal ya? Teehee, sebab nak ramai anak macam mama dan daddy saya teehee. Lagi awal lagi subur LOL. Best anak ramai, sebab bila pergi melancong, kita punya group dah cukup besar dan happening, tak perlu konvoi-konvoi dengan orang lain. Anak pun tak lonely dan buat hal, kalau ramai adik-beradik. Kan sunnah Nabi, meramaikan umat :’)


Tapi kahwin awal banyak cabarannya. Lagi-lagi kalau kahwin dengan orang sebaya. Pergh struggle nak survive kalau takde strong financial back-up. Suami yang baik mesti nak isteri duduk rumah didik anak je. Tapi kalau kerja dia belum cukup hebat lagi, terpaksa isteri pulun sekali. Rumahtangga boleh jadi stress bila dua-dua busy, takde masa untuk each other, problem dekat kerja pun takde time nak share. Pulang ke rumah terus attend anak atau sebagainya. Tak saya bukan pakar, saya cuma rajin dengar ceramah *shy*.

act, copy paste ayat ni dari blog hanis zalikha. suka ayat dia. pinjam yeah si cantik manis. haha

mama dah cakap awal awal. "mama tak nak akak kawin awal awal..." lagi? "mama nak rasa duit anak anak mama dulu..." dot dot dot dan sewaktu dengan nyer. im too young to get married la mama. don't worry yeah. cewwaaahhhh, haha AIM saya masih berada di awangan dan belum tercapai lagi :)

btw, tahniah pada kak fatin dan abg epy. moga tahun depan cepat cepat dapat baby yang comel comel :DDD

pic kawin akan di upload later untuk simpanan. terima kasih ^_^

Thursday, November 18, 2010

ouch, bila si kecil sakit mata.

alololo, ciannya. sape tengah sakit mata sekarang ni? mesti korang pun dapat rasa benda yang sama kan.

act my little brother tengah suffer from this sakit. *erk,macam teruk sangat laa plak kan* um, mata dia gatal gatal and dia selalu gosok mata plus tonyoh toyoh mata dia sebab gatal yang terlampau kot. kadang kadang macam kesian sangat sangat.

mama ada bawa pergi klinik tapi doktor kata sakit mata biasa. fine, letak ubat ok. tapi untuk masa yang sekejap.

last thursday, bawa dia pergi hospital kuala lumpur. jumpa pakar mata. agak lama masa yang dibazirkan disitu yeah. sistem lambat gila nak mampus. sampai pagi around 9am. jumpa doktor after lunch time. lebih kurang pukul 1 kot. sorang makcik tu marah marah sebab dia dah tunggu lama. btw, dia bawa husband dia dari wad guna wheel chair lagi. husband dia ada problem dengan kepala kot. takut effect mata then kena buat checkup.

hope kekasih hati pengarang jantung saya berada dalam keadaan yang baik dan sihat sihat selalu. amin! :)

Wednesday, November 17, 2010

hari tasyrik


selamat hari raya aidiladha semua :DD

Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya aidiladha.

sekejap jew dah raya korban. rasa nyer macam baru lepas sambut hari raya aidilfitri. huishooo..

najmi tanya : mama, hari raya haji kenapa kita tak puasa? *haa, jawap jawap :DD

Hari Raya Haji adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 syawal Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan nabi ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya nabi ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

btw, just nak wish
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

Monday, November 15, 2010

the twins sister



mama kami kembar, tak tipu.
sekali sekala anak anak berangan kembar empat tak jadi masalah kan. haha

farah nasir+najwa nasir = edora deon+fyda deon

*fyda is missing. struggling with SPM. good luck babe :)


tag dari angah.

ada assignment dan hutang yang saya belum langsaikan.
tapi agak malas untuk lakukan nyer.
jawab dalam hati jew la yeah sayang kuh.
please jangan marah. haha :DD

angah yang comel.
good luck SPM!

Saturday, November 13, 2010

tutorial LIKE button FACEBOOK

ok sebenarnya aku dah penah buat post ni. sebab tak boleh copy paste coding. hee maap maap. so aku buat lagi sekali. hope so boleh. aku bukan pandai sangat pun. banyak tutorial dari blogger blogger. aku pun belajar dari orang. khas untuk saipool zameer :)


1) Dashboard - Layout - Edit HTML.

2) tick expand widget templates. ctrl + f : cari words

data:post.body

3) selepas words di atas, sila paste ini.


<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=450&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:60px'/>


hmm, show-faces=true, boleh tukar kepada false. itu fungsi nyer if taknak gambar orang yang click tu terpapar.

the end.

semester 5 sudah berakhir. lega sangat sangat. tunggu result jew. 26hb kalau tak silap. doa banyak banyak. hee

pagi tadi masuk dewan exam MUET dengan perut yang sakit. aiyakk! sabar sabar.

haa, lately suka sangat karoke. tah laa. influence dari sahabat sahabat. haha before study week karoke, after study week karoke. last night karoke lagi. padahal esok pagi nyer exam. fuh, semangat, haha thanks to anis, pejad and akmal. lain kali buat lagi eh :DD

the end.

Friday, November 5, 2010

happy deepavali


salam sayang sayang sekalian.
lama tak jumpa kan :DD

lokasi sekarang berada di rumah. actually tengah exam week sekarang. gap next paper 5days! means sambung isnin depan. duduk rumah sewa pun bukan buat apa. so, wajib balik kl. rindu family. balik nak study! yeah farah u can do it. tapi curi masa jap nak update blog. weee~

subjek untuk sem ni sangat kental. fuhh, teori habis. aku rasa student sekarang ni study sebab nak lulus exam. bukan nak belajar. pulun ingat, menghafal. result gempak tapi naik semester baru, yang lama semua dah lupa terus. lect aku pun selalu cakap benda yang sama. haha ye ke?

target sem ni nak dapat dekan. pointer untuk every subjek pun setakat ni ok laa. just kena usaha lebih, dekat paper final. doakan yeah, amin! :)


kalau korang nak tau, aku duduk area area batu caves. sambutan deepavali kat sini lain macam. meriah sangat sangat. dan untuk pengetahuan korang, aku duduk tingkat16 dan boleh saksi kan keindahan bunga api tanpa perlu pergi mana-mana.

selalu orang tengok percikan bunga api dari bawah, tapi semalam aku tengok bunga api depan mata dari atas. haha takut ohh.

dalam masa yang sama, benda benda ni kacau study aku. haish 3paper teori aku nak kena hafal. paper mikroP, PLC dengan audio visual. bukan study last minit tapi nak study balik nota nota yang aku dah buat. *eh,tapi lebih kurang la tu kan, haha meriah tapi bising sangat. macam main lawan lawan mercun sapa paling kuat. kacak kacau. btw, happy dewali! :DD