Friday, August 27, 2010

marah tanda sayang, benci tanda rindu [SYURGAMU RAMADHAN]



samarinda 'SYURGAMU RAMADHAN' setiap selasa sampai khamis 10 malam. cerita ni memang best. sedih sangat sangat. tapi cerita samarinda tv3 hanya setengah jam. buat orang tertunggu tunggu. nasib baik rumah sewa ada TV walaupun comel jew. break setengah jam dari study tengok cerita ni. test and assignment berlambak lambak.

SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan. dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan. kemaafan dari dendam yang terpendam.

sinopsis cerita :

Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil. Marlia suka melawan dan membantah. Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marli. Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah. Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri.

Itu kisah 16 tahun lalu. Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya.Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bongsunya. Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut. Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia.

Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia. Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata. Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun. Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada. Datuk Halimatun melihat program itu. Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar. Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini. Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.


wajib tengok yeh. lelaki yang rasa badjet jiwa rock pun boleh nangis tengok cerita ni. semalam lepas cerita ni habis semua orang sibuk update 'marah tanda sayang, benci tanda rindu..' termasuk laa kaum adam. :DDDDD

6 comments:

Anonymous said...

"marah tanda sayang, benci tanda rindu"

Hahahaha keras macam batu betul hati nenek budak2 tu... adui la...

Kisah aidilfitri

f.A.r.A.h said...

haha tau takpe.

Farida Amira said...

marah tanda sayang,
benci tanda rindu .

Bila dibaca berulangkali, ada betulnya ayat tuh.
Kadangkadang kita kata kita benci orang tuh padahal kita rindu kan kan .

f.A.r.A.h said...

haha tak dinafikan :)
i agree with u dear.

Aidy Shahiezad said...

err... perlu nanges ke tgk citer nie ?? tak kot... hehehe.. :p

my latest entry:
http://aidyshahiezad.blogspot.com/2010/08/mini-novel-sebelum-terlewat-chapter-1.html

f.A.r.A.h said...

aidy : its up to 'somebody' haha kalau rasa nak nanges just do it. bukan boleh paksa :))