Saturday, October 9, 2010

alumni bekas PLKN seluruh MALAYSIA.


Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mengadakan suatu majlis gilang-gemilang bersama Bekas Pelatih PLKN. Majlis ini adalah salah satu usaha untuk mengumpul dan mengembalikan nostalgia serta memori indah bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) semasa menjalani latihan di Kem PLKN suatu ketika dahulu iaitu dari Siri 1/2004 sehinggalah Siri 7/2010.
Majlis ini akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 9 Oktober 2010
Masa : 9 pagi hingga 4 petang
Lokasi : Semua Kem PLKN Seluruh Negara

Tujuan majlis ini dianjurkan adalah untuk merapatkan silaturrahim antara Pengurusan Kem, Jurulatih yang tidak mengenal jemu mendidik anak bangsa serta dapat bertemu dengan rakan-rakan yang sama-sama pernah menjalani latihan tanpa mengira bangsa dan agama.

Datanglah beramai-ramai ke majlis tersebut sama ada ke kem asal anda ataupun ke kem-kem PLKN yang berhampiran dengan rumah anda!! Mudah-mudahan kehadiran anda semua dapat memeriahkan lagi majlis ini.
Pelbagai program menarik dan cenderahati istimewa menanti anda!!

Perkhidmatan Bas JLKN juga disediakan untuk memberi kemudahan kepada Bekas-bekas Pelatih PLKN supaya dapat menghadirkan diri di majlis yang istimewa ini.

................................................................................

for your info, alumni ni hari ni ok! sedih sangat sangat tak dapat join. waaaaaaaa~

plan bagai nak rak segala kena cancel last last minit. siap nak sewa kereta lagi. hee tapi memang gempak. semua plan menjadi. sewa kereta kancil lagi. haha so sweet! tak susah nak deal dengan budak budak ni. just aku jew yang mengecewakan.

tapi mama cakap dia risau, hmm, memang patut pun. pekan pahang. jauh kan? sorry to cik mila dan cik asmeera sebab tak dapat follow korang. experience kat PLKN Kem Semarak adalah the best :DDD

mengharapkan cerita cerita menarik dari korang. for sure ramai gila orang kan :|

2 comments:

(: syai_sharif :) said...

lega gila tak dapat PLKN alhamdulillah~ :P

f.A.r.A.h said...

syai : PLKN is the best moment ever. pengalaman yg tak boleh lupa. rugi oh tak pegi. haha