pagi yang hening. ayat manis, haha cuaca sangat la baik. sejuk sangat sangat. tu lah nama nyer kampung. tidur tak payah pasang kipas dah cukup kesejukan.
pagi pagi orang belum bangun lagi dah gerak balik bukit gambir, muar. kampung sebelah abah. dengar cerita banjir, so nak tengok lah macam mana rupa nyer. lama tak main air, means air banjir la kan. so macam gayat sikit, sampai sampai terus ronda kampung dengan abah naik motor kapcai atok yang dah separuh semput tu. abah start enjin motor guna kunci kereta. haha gila antik!
masa kami sampai, keadaan takde lah teruk sangat. cuma pagi air makin surut. bila hari makin petang, air makin naik. turun naik turun naik, bila nak habis tak tau laa. nak kemas rumah tak boleh. barang semua dah alih kat tempat tinggi. the best thing is? boleh jala ikan wok. haha siap buat untuk dinner lagi. nasib baik tak buat barbeque ^_^
menurut portal rasmi kerajaan negeri johor www.johordt.gov.my Johor merupakan tempat yang paling teruk dilanda banjir. mangsa teramai adalah di daerah segamat iaitu 19,489 orang membabitkan 4,689 keluarga, diikuti Kluang dengan 7,680 orang daripada 2,044 keluarga.
Menurut Perdana Menteri, bencana banjir yang melanda Johor disebabkan fenomena cuaca yang luar biasa di mana jumlah hujan yang diterima negeri itu dalam sehari bersamaan dengan jumlah diterimanya dalam dua bulan.
"Ia adalah suatu fenomena cuaca yang luar biasa, di mana jumlah hujan yang turun itu tidak dapat diduga," katanya sambil menambah, fenomena luar biasa itu disebabkan oleh faktor pemanasan iklim dunia.
5 comments:
suka dy bergamabr..hihiih
haha kredit to my dad :DD banjir pn happ lagi eh.
waaahhh bnjir ~
sabarla heh. gambar mcm happening gitu
dayah : haha sape yg tak happy men banjir :DD
Post a Comment