Thursday, April 29, 2010

makan dan makan

hari ni plan terlaksana gak. wat makan2 kat ofis. jemput semua staff. badjet rm250 cukup untuk 40 orang. cam mana? kena belajar dari wan, hee

menu : - kfc
- domino pizza

seronok tengok orang hargai pemberian kita. dari lapar jadi tak lapar hasil dari penglihatan jew. ok ayat skema, haha

act nak menghargai jasa2 orang yang dah bagi sumbangan banyak masa bekerja ni. tapi dia tak de plak. last2 minute keluar sebab ada site visit+meeting. tension gila ngan en.sam ni. len kali kena ikat dia kuat2 kat tiang elektrik. jangan bagi lari. tangkap awal2. :)

um,plan nak cuti hari jumaat terpaksa dibatalkan. hee sori anem. wan last day and dia cuti time tu. ada interview kat JB. oil and gas maybe. so aku tak sure dapat apply cuti or tak. tak pun cabut jew,haha macam tak biasa.

budak baik :)

kerja itu penat

hari ni penat sangat2. kerja datang macam air. nak time2 tu gak.

wan cakap 'farah memang tak reti nak tolak kerja dah tau busy' haha bia lah. wat pelan2 asal siap kn.

tinggal sebulan jew lagi nak meninggal kan alam pekerjaan. so wat sehabis baik lah. nak kumpul ilmu banyak2. boleh share2 nanti. *ye kowt,haha

bila si kecil mula beraksi

malas nak update. enjoy this picture :)

1

2

3

4

darwish si tembam. lepas ni putri si comel plak. ;)

Wednesday, April 28, 2010

road trip with my broadband

ok saja nak test power. hee moga2 luck milik gue. :) sesungguh nyer ni first time aku join project alpha, hee

aktiviti harian lepas balik ofis sampai malam adalah : online of kos! akhir2 ni update blog adalah nombor satu. so tak dapat bayang kan balik rumah sewa with laptop tapi tak de line internet. oh, sangat sedih. broadband langsung la xde.

so mari pikir untuk jangka masa panjang, maxis broadband? celcom broadband? masing2 berlumba2 nak laris kan. murah pun murah. anem suh beli maxis broadband tapi dalam dilema.

tapi kan..

'P1 proudly brings you P1 W1MAX, the service where you can surf on our high-speed wireless broadband network with the ease of a plug-and-play modem' . bila tengok2 balik P1 W1MAX WIGGY speed dia 10mbps. macam2 kerja boleh settle dalam satu masa. bagos giler. dah la pocket size. kecik comel cute miut lagi. berangan2 nak beli and miliki benda ni. memang bersyukur gila la lau dapat kan. mahal ke tak ke tak kira nak gak. jom beli sama2 and test power sama2 :) nak travelling kat mana2 pun boleh. dalam bus pun ok kowt. nak balik kampung ku syurgaku. naik moto nouvo aku boleh? haha lebih2 sudaa. nak seribu daya tak nak seribu dalih. moga2 angan2 jadi kenyataan :)

jom tengok video ni. renung2 kan, haha




Projek Alpha Season 2 is represented byAdidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Tuesday, April 27, 2010

kebahagiaan adalah milikku

hah! title yang agak kepoyohan. mari kongsi kegembiraan bersama.

debar2 menanti kedatangan seseorang bernama en. zainol, hee my lecturer lah. datang bawa geng. wife dia pn.asyirah. :)

um,actually en zainol penah ajar aku dalam kelas teknologi elektrik. wife dia penah ajar sistem. so communication between us ok laa. dia tanya aku jawab. aku tanya dia jawab and seterusnya. firstly perasaan tak tipu lah. memang gigil habis. macam nak jawab SPM, haha tapi lastly, semua nyer berakhir dengan aman, damai, bahagia dan seterusnyer,hee

comment dari en sam untuk aku :

-communication toward others and english kena up sikit.
-good in doing work. *boleh jadi junior engineer. cepat2 amin kan!
-punctual time *weee,betul tak tipu.
and adalah la lagi :)

comment dari en.zainol:
-good report! *wink2, haha

tengs en sam sebab banyak back up kitorg. yang buruk pun jadi baik dari dia. um,plan nak belanja staff2 PACE makan. tapi kongsi2 la ngan dak praktikal lain. lau sorang2 eden tak mampu laa. nak makan apa? badjet berapa? malas tol nak pikir. any idea? korang nak bagi sumbangan ke. tolong-menolong kn. ;)

Monday, April 26, 2010

mostly blogger adalah pemalu?

tajuk ilham dari paksu saya :)

ok. aku mengaku aku pemalu sikit, haha *tipu* tapi betul ke?

'kadang2 blogger ni bila jumpa face to face tak tegur pun. tulis blog bagai nak rak. poksu paham la lagi2 kaum perempuan. suka story problem. tak simpan rahsia. kadang2 benda yang tak sepatut nyer nak cerita pun dorang cerita gak. memang eh orang2 yang ber blogger ni semua pemalu?'

korang ke? aku tak, haha aku blogging for fun, kawan2, duit dan pape jew lah. tak de kaitan ngan orang luar. wat hal sendiri sudah. tapi aku menjawap dengan senyuman. sedekah! weee :)

lecturer observe

esok!
wish me luck.

mood update? semakin pudar, haha

oh. saya ada silent reader. senyap2 complain pasal blog saya, haha blog untuk dibaca so i don't mind. nak baca, baca lah. tak nak pun tak kisah. :) kn2?

Sunday, April 25, 2010

practical report

penat wat report ni walaupun tinggal nak edit2 jew. nak buta mata tengok pc jew. pagi dah penat tolong mama and abah kemas rumah. mama beli perabot baru. sofa+almari. lawa tapi kasi semak mata pun ada, haha *wink2

tolong alih sana alih sini, huh peluh2. *ngada2,haha

report? aku main buat jew. nasib baik ayu bagi pinjam report dia. itu guna kawan kn? tengs a lot! hari isnin lecturer datang observe. setakat ni aku tengok member aku cool lagi. kena marah pun rileks jew. aku yang kalut2 kowt. wish me luck!

ayu nak g umrah. kita doakan dia selamat pergi and balik. amin. :)

budak sakit mata
penat

Saturday, April 24, 2010

rajin

malas nak update.

mari berblogwalking beramai2.


Thursday, April 22, 2010

site visit

hari yang penat. lagi sebulan nak habis praktikal dah. tak sabar nak tunggu.

pagi

seminar about solar sistem. boring sebab semua orang tua ;)
engineer saya yg tolong tulis kan note, hha tengs boleh masuk report.
location : hotel marriot kowt.
makanan dia lazat berkrim. kek coklat is the best. kenyang giler. full perut makan free. hopefully pasni ada lagi. haha

petang

lepas lunch lari ke shah alam tengok site. akhir nyer dapat gak tengok. 4 bulan lebih dok ofis settle kan pasal hospital tak habis2.
abang fadzli incharge bawa ktorg round2 site.

apa yang ada kat site?
um, biasa kita tengok banyak jew orang2 indon jew dalam tu. tapi bila masuk waa bilik meeting dia jew dah besar. macam biasa safety first!
paling best dapat naik lift untuk construction tuh. haa sangat2 interesting. gayat ada, nak terjatuh pun ada. doa2 jew panjang umur.

aku sebagai fotographer. wan jadi driver and wartawan tanya2 soalan kat engineer. ila? jadi tukang tulis report. kenal kan kawan2 baru saya, hee

muka penat tapi ceria kan? haha

so degree? of kos in electrical power laa. excited plak. hee amin!

kawan 3

hmm kawan lagi? yeh saya sayang kawan saya.


HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ANISYAAAA!
moga panjang umur dan murah rezeki
sayang kau a lot lah.
sori for everything

ok. mari kita wat conclusion untuk si dia.

anak kepada pak cik jalil.
kenal dia tak lama baru 2 tahun. closed? of kos!
si mereng lagi si sengal.
pembuli tegar nombor dua lepas anem.
ok done! =P


Wednesday, April 21, 2010

tanda-tanda orang sabar

'eh, mata bengkak kenapa? tengok bola eh?' aku? senyum sudaa.

dah dua hari air mata ni asyik nak kuar jew. tak tau nak sekat camne. lama tak jumpa dunia kowt or dah terlalu banyak ketawa. kenapa yeh rasa cam nak jerit jew kuat2. ya allah, berikan lah aku kekuatan.

nak cakap tapi tak terkeluar. lama dah pendam. nanges pun tak boleh selesaikan masalah.


Sabda Nabi SAW bersabda:

Rasullah telah bersabda, bagi orang yang sabar itu mempunyai tiga tanda besar iaitu :-

1. Sabar dalam melakukan perintah Allah

2. Sabar menghadapi musibah

3. Sabar menerima qada’ Allah

dan kita juga sering diperdengarkan dengan hadis Nabi saw:

“ASsabru Minal Iman” yang bermaksud Sabar itu sebahagian dari iman.

Firman Allah yg bermaksud ” sesungguhnya Allah bersama2 orang yang sabar “.

Harapan agar kita semua menghadapi hari2 mendatang dengan penuh kesabaran. susun perancangan hidup dengan rapi, berusahalah ke arah impian yang dirancangkan itu. berserahlah diri kemudiannya, sabarlah atas segala yang ditentukan oleh Allah SWT kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua, yang mungkin tiada dalam perancangan kita sekalipun.

*harap2 aku tergolong dalam golongan ini. amin!

Tuesday, April 20, 2010

sakit hati

ubat paling mujarab ketika sakit hati dan sedih melampau?

-mengenang nasib
-nangis
-tido
-else?

nyte!

Monday, April 19, 2010

kawan the great!

best, great, happening, penat, sakit kaki, kenyang, puas, gelak2, senyum2! semua ada. nothing to said anymore. korang memang best. haha

nyot berkata : 'time ni jemput Qucai dtg ngn rombongan. lame kteorg xjmpe. last time SPM kuar.huhuhu . org2 yg join amy, farah, mE, wan n ada lg 2 or 3 org aku xkenal. coz member amy. huhuhu. btw, best beb chiLL ngn korg ! ! next cHiLL when geng ? ?'

ayat kucai : 'setelah brjnji bagai nk rak,, akhirnye smpai gak aq kt kl.... ahhahah.... first, nyot... second, fara... third, emy n wan.... then 2 lg mmbr emy..... kteowg dgn sronoknye buang mase brsame.... peh..... bile lg???'

same question. jawapan? haha

kucai mereng

tengs nyot

emi ku sayang

wan!

pusing2 klcc. ramai orang. lagi2 kat pc fair. murah2 and murah la. then lari pergi time square. lepak2 ingat nak tengok movie. tapi ticket wayang full. so lepak2 sudaa. syg korg a lot! :))

Thursday, April 15, 2010

kawan 2

alaa sori la gambar agak kabur + tak nampak. baru nak kepoyo-poyohan sikit, hha being a designer sangat la menyakitkan badan. terbongkok-bongkok macam nak patah dah tengkuk. new hospital shah alam siap izwan orang first nak jadi patient kat situ. doa2 la yeh. hope mission dia tercapai,hha kuang ajaq jew =P

um,first time upload pic ngan budak2 ni. ada lagi tapi dorang tercicir pi mana tah. gedek2 semua nyer,hha *besar2*

last day with din. so dia belanja kitorang kat penang express area luar selayang mall. makanan? ok la. harga? boleh tahan la sebab bukan aku yg bayar,hha tapi korang try la. best! location pun ok. tak caya mai sini gue tunjuk kan.

tak sempat nak amik gambar makanan2 yang kitorang melantak tu. lunch time just 1 hours so makan dengan lincah nyer. lawa tapi sebab lapar licin terus pinggan. act nak makan kat pizza tapi lambat giler amik order. last2 dengan kuasa veto mari kita blahhh!! tak de rezeki la kowt.

Wednesday, April 14, 2010

duit oh duit

rasa semangat nak berblogging lepas baca artikel pagi tadi tentang redmummy.com paper harian metro 13hb april. masyuk gila oh tapi nak wat camne aku bukan penulis tegar. eh2, penaip tegar,hee blog yang ceria kemerah2an. kezen aku selalu cakap merah is hot.

zaman dah maju conferm ramai giler blogger sekarang ni. maybe dorang tak sedar or tak perasan langsung kewujudan blog aku,hha so wat rileks sudah. blogger for fun. ada rezeki ada la kan.so keep a good work and chaiyok2 farah!

semua orang bz nak cari tempat untuk degree nanti. diploma pun tak habis lagi berangan lebih,hha tapi angan2 ini insyallah akan jadi kenyataan. jangan main2 naaa =P

mission : nak g UK for future study in engineering. wish me luck!

Friday, April 9, 2010

kawan

entry yang tak boleh blah tajuk nyer. tp entry yang tak merepek. jangan risau. i love my friend! tibe2? haha

kawan
kawan
kawan
kawan
kawan
good luck to DIN from Universiti Teknologi Mara Shah Alam
kawan praktikal ( degree in mechanical )
hari ni last day. merdeka!
kak dina jew sedih kitorg xpun,hha
hope to see u again
sorang2 nak blah dah. feeling? excited.
cik pah rock! hee PACE? no komen.

note : sayang anem n anis. ok anem? =P


Saturday, April 3, 2010

sajak cinta buat mama

untuk mama walaupun xsempat nak baca blog ni =P

Menyayangimu
Bagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama arus sungai cinta
Ditempoh kerikil batu-batu tanpa sesak dan kesusahan
Oh sungguh indahnya perasaan itu

Mengasihimu ibuku
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Menegangkan uratku yang kian lemah
Dek keringnya dari siraman cintamu

Andaikata aku dapat bernyanyi
Burung merak pasti mahu mendendangkannya bersamaku
Menceritakan keceriaan dihatiku di saat aku bersamamu
Walaupun cuma seketika
Tetapi kebahagiaannya terasa hingga mencapai penjuru langit sejagat

Indahnya kasih ituApabila ia menjadi dinamo kepada semangat
Dan penyuntik ilham
Serta penerang obor cahaya
Kepada berlikunya jalanku ini.

*ciplak dari google =))
i love u lah