Thursday, December 30, 2010

lagenda putera katak, episod last lah!


haa, dapat tengok episod last lagenda putera katak kat tv9. tu pun siaran ulangan. sempat tengok setengah jam jew plak tu. ayat macam sedih sangat la plak kan. haha

aku layan cerita ni hari hari. kelas everyday habis pukul4. sampai rumah lepak depan tv tengok cerita ni. walaupun agak tak logik tapi menarik. hari ni amik mc, lepak bukit bintang sekejap then amik mama dari opis. sampai rumah just sempat tengok cerita baru slot akasia yang ganti cerita seribu kali cinta tu, tiramitsu. haha pendek cerita, aku ni asyik dok depan tv jew la kalau kat rumah sewa tu.


nora danish cantik. suka sangat tengok dia. rileks jew pegang katak tu. siap cium lagi. terbaik lah.
ending cerita ni agak best. akhirnya putera ammar jadi manusia kembali lepas dapat ciuman dari tina. parents dia siap pengsan sebab tak percaya. pastu macam biasa, kawen lah. happy ending! lepas ni cerita apa yeah? ^_^

Wednesday, December 29, 2010

malaysia juara

yuhuu, malaysia menang la weyhh. walaupun tak berapa minat dengan bola, tapi gagah kan diri tengok gak sampai game habis. malaysia menang 4-2 dengan indonesia. tahniah untuk yang ke lima ribu tiga ratus juta kali. HAHA malaysia terbaekk!

aummm malaysia!!

jom tengok bola!
SEMANGAT, haha

MALAYSIA vs INDONESIA

*lama tak update blog ^_^

Saturday, December 11, 2010

siapa rasa rasa dah SUNAT angkat tangan.

sunat tu sakit ke? erghh. esok adik aku nak sunat. um, experience baru. tak sabar nak dengar dia jerit esok. haha

tapi adik aku macam cool jew. or buat buat cool tak tau la pula kan. macam tak takut jew. umur 7tahun. baru darjah satu.

sekarang trend sunat dah baru. tak macam dulu dulu rasa nyer. sekarang lagi meriah. rasa nyer event esok siap ada tepung tawar and pancut air dari pili bomba ramai ramai. meriah kan. perasaan takut tu dapat ditepis dengan jaya nyer.

fuh, tak sabar nak tunggu esok. macam aku plak yang nak kena sunat. HAHA

Sunday, December 5, 2010

murni discovery mamak @ SS2 aman suria PJ

memang padat, pack dengan manusia!

meja tersusun sepanjang kedai lain. can u imagine? and time kita makan ada orang stand beside u sebab nak book tempat tu dulu takot orang amik. siapa yang rasa dia need privacy time makan, tak sesuai pergi tempat macam ni. trust me.

act, dah seminggu rancang nak makan kat sini. ayu cerita yang kadai ni best. makanan dia banyak, air dia sedap. harga standard satu set rm15 atau rm13. tapi tak dapat bayangkan lagi masa tu kedai ni macam mana.

dari one utama ktorang gerak ke PJ. dalam 15minit sampai laa. sampai pukul 8.30pm tengok crowded gila. melayu, cina, india semua ada. 1 malaysia kan. HAHA


kami berenam semalam. tapi dapat satu meja jew sebab orang ramai. memang sempit laa kan. tapi makan memang puas. banyak gila. rasa nyer satu menu tu boleh share 2 orang kot.

satu set nasi goreng chicken chop dengan ribena special blanded harga rm15. kalau first time datang korang patot order air ni. memang terbaik. dalam air tu ada laici, tembikai dengan nata de coco. memang best. ais blended mango pun boleh tahan.

kedai ni buka dalam pukul 7.30pm. tapi masa ni pun orang dah tunggu. kami sampai dalam 8.30pm tunggu dalam setengah jam cari tempat kosong.

ada yang tunggu lama lama semata mata nak order roti canai. adakah patot? bagi aku macam tak berbaloi jew. tapi lepas tengok roti canai dia memang cantik laa.

first time datang macam jakun jew. macam promoter tak? haha u should try babe ^_^ datang awal tau nanti tak dapat tempat. *macam nak tengok shows atau bola takut tiket habis plak :)

Saturday, December 4, 2010

bila dah sampai seru, terpaksa laa.

morning semua!
tajuk entry macam hampeh kan.
tak tau nak tulis apa sebenarnyer.


next monday dah start rutin baru. start new semester. hopefully aku boleh buat dan berjaya. im a SENIORITA sekarang. haha macam tak percaya jew dah semester 6 and nak grad diploma. masuk tahun depan juga, im 21 years old! fuhh, takpe. its just a numbers. tp nombor ni macam besar sangat kan??

azam dan semangat yang baru konon nyer. nak yang lagi baik dari semester lepas. harap harap termakbul impian. macam macam dah rancang. kita hanya usaha. DIA yang menentukan.

semalam pendaftaran untuk semester baru. subjek untuk semester 6 nampak nyer lagi parah. kena lebih struggle lagi kot. macam biasa ada subjek elektif dan kena buat pilihan. konfius means tak tahu nak pilih yang mana.

semoga semua berjalan dengan lancar. study betul betul yeah farah. ketok dengan sudip kalau main main *motivate diri sendiri, haha

engineer to be :) wish me luck ^_^

Wednesday, December 1, 2010

perbezaan ikan keli halal dan ikan keli haram.


im a keli lover ok. i means ikan keli yang dah dimasak laa kan. ikan keli masak sambal ke, cili api ke. yum yum. lapar tiba tiba :)

tapi tadi tengah facebook walking terbaca benda ni. ada ke ikan keli halal dan haram? tak penah tau pun. jadi nak share la kan. keli punya pasal, HAHA


Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.

Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.


selama ni yang aku tau makan jew. sebab kalau makan kat kedai pun kepala ikan dah kena potong. makan kat rumah, abah dah siang awal awal.

hey, kawan saya dah kawen! [part 2]

entry ni adalah sambungan daripada entry part 1. bukan apa, sebagai kawan kena tunjuk kan sikit perasaan 'tumpang' bangga tu. tapi perlu ke? HAHA



saya nak kawen jugak! boleh ke? hee gatai naa ^_^

sama cantik dan sama kurus. sweet! hope happy always yeah.

dah jumpa! excited!

dah jumpa my identiti card balik!

punya lama tak update blog tu jew yang nak share? waste your time right. HAHA sape nak baca silakan.

adik saya yang bongsu sorok kan IC saya almost 1week! angin angin. nasib baik tak buat yang baru lagi. kalau tak terbang duit aku.

alhamdulillah dah jumpa. nak marah tak jadi sebab dia ada alasan yang cukup kukuh dan boleh tahan laa.

"sapa suruh akak tak bagi abang gula gula hari tu. abang amik laa.." erk, boleh terima ke alasan budak kecik ni??

Friday, November 26, 2010

TAG dari PEPOL

terlalu rajin dan takde kerja so layan kan tag dari pepol ni. btw, thanks yeah :D


1. Nama blog anda dan kenapa letak nama tu?

NURFARAHINASIR kenapa? sebab mudah bagi saya dan kawan kawan nak ingat nama tu.

2. Nama URL blog anda dan dari mana datangnya idea tu?

http:// nurfarahinasir.blogspot.com, idea tu tak datang dari mana mana. memang nak letak nama sendiri sebab blog sendirian berhad kan. parents bagi nama sedap2 tak salah nak guna kan? hee

3. Apakah method dalam penulisan anda?

haha tah laa. blog ni lebih kepada personal kot. free to write :D

4. Apa perasaan anda bila lihat blog orang cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak ( kdg2 blog sendiri cantik tapi merendah diri)

um,automatik follow blog si dia. buang laa sifat cemburu tu dan baiki apa yang perlu. mungkin boleh jadi kan blog si dia sebagai tempat nak cari idea. tapi bukan la curi idea. haha itu yang terbaik kan?

5. Bilakah blog anda diwujudkan?

november 2008 :D lama dah kan.

6. Siapakah orang pertama yang tahu dan menjadi follower blog anda?

my lovely cousin, si gigi besi yang comel :)


result exam? penting sangat ke bagi student.

penting laa. tanda usaha kita selama ni. betul kan?

masuk semester 5 baru aku rasa susah nyer belajar. dulu banyak main tapi setakat ni alhamdulillah result yang aku dapat dari sem1 sampai sem5 memuaskan. maybe, persekitaran tu main kan peranan penting bagi seseorang pelajar.

housemate aku yang sekarang ni adalah yang terbaik. cara dorang belajar, aku suka. and the most happiness is? kami semua dapat anugerah ketua jabatan. sama sama makan, jalan, tidur dan belajar dan sama sama berjaya. cerita macam bagus la plak kan. haha

ada tak orang yang study gila2 sampai tak ada masa untuk kawan-kawan? asyik study je sampai semua orang tensen tengok dia. macam yang biasa kita dengar, STUDY SMART bukan STUDY HARD.

aku jenis study last minit. tapi takde la last minit sangat kan. gap masa between paper panjang so sempat nak study. terhegeh hegeh nak buat note. padahal tak perasan note tu dah penah buat. such a waste. tapi takpe asalkan ada usaha kan. tapi jangan sampai last2 satu apa pun tak ingat sudah. jangan hafal benda2 tak penting. cara aku, just buat revision and note past semester exam paper. haha tapi bila ada soalan yang tak pernah keluar, ternganga la sorang2 kan.
btw, aku gembira dengan result aku. bersyukur banyak banyak. thanks mama dan abah sebab banyak doa kan akak.

sebenarnya nak mohon sambung degree guna result sem5. senior cakap boleh so kita ikut kan aja laa. sekarang tunggu result MUET jew. hopefully dapat BEN yang tinggi. haha demand! :DD

Wednesday, November 24, 2010

gua dapat rm500 cash. korang ada ke?

kerek tak? kerek tak? haha hasil duit nuffnang ke? ya enggak laa. tengah sapu sampah jumpa duit. korang caye? mesti lah tak kan. aku tau korang lagi kaya dari aku ^_^

masa first time orang tu bagi duit ni, aku senyum jew sambil ucap "terima kasih.."

cuti semester 3weeks ni aku duduk rumah jew. tak merancang nak keluar pergi mana mana. malas dan takde kawan nak keluar. *katak bawah tempurung. takde orang nak kawan :( haha time ada duit takde orang nak ajak keluar. time papa kedana terhegeh hegeh nak ajak jalan jalan. haisyooo.

so, i shopping with my sibling laa. si gemuks! wedge CROC :)

handbags! mama cakap i should have one.

lagi? adalah shawl, inner syria, jam tangan dan lain lain. cari wedge colour hijau tapi takde.

fatin liyana

love to read her blog. fashionista. cantik! bukan nak jadi seperti dia. tak mampu pun. tapi cuba untuk ubah diri menjadi bukan yang terbaik tapi yang lebih baik dan baik. *sigh, tiba tiba :)

btw,dapat duit ni dari sumber yang halal. sayang abah sangat sangat. thank you so much! :DD

missing.

berita TERGEMPAR.

IC saya hilang! *sedih, haha
kalau jumpa sila pulang kan pada saya yeah.
saya akan bagi reward :DD
terbaik :)

macam mana boleh hilang? tak tau laa. takpe jadi pendatang asing celup sementara, hee

semalam dah pergi jabatan pendaftaran negara kat area gombak tu. abang tu cakap 1st time hilang bayar rm110. tapi kalau student dan tunjuk kad matrik dapat diskaun rm60. kalau report polis? bayar ke? free ke?

abang tu cakap sama jew kena bayar gak. tapi member aku cakap kalau report polis kena bayar rm2 jew. sebab JPN ingat kita saja hilangkan kalau tak buat report polis. hmm, sape cakap betul ni? no wonder semalam abang tu ada tanya "ada lapor pada polis tak?.." *thinking U_U



Sunday, November 21, 2010

hey, kawan saya dah kawin! [part 1]


tahniah kepada PUAN FATIN dan ENCIK EPY.
19 nov 2010 , jumaat.
semoga berkekalan dan bahagia selalu :)

.......................................................................................................

Sekarang trend kahwin awal. Best tak kahwin awal? Mestilah best. Kalau tak, takkanlah saya teringin kahwin awal. Eh, tapi kenapa saya teringin kahwin awal ya? Teehee, sebab nak ramai anak macam mama dan daddy saya teehee. Lagi awal lagi subur LOL. Best anak ramai, sebab bila pergi melancong, kita punya group dah cukup besar dan happening, tak perlu konvoi-konvoi dengan orang lain. Anak pun tak lonely dan buat hal, kalau ramai adik-beradik. Kan sunnah Nabi, meramaikan umat :’)


Tapi kahwin awal banyak cabarannya. Lagi-lagi kalau kahwin dengan orang sebaya. Pergh struggle nak survive kalau takde strong financial back-up. Suami yang baik mesti nak isteri duduk rumah didik anak je. Tapi kalau kerja dia belum cukup hebat lagi, terpaksa isteri pulun sekali. Rumahtangga boleh jadi stress bila dua-dua busy, takde masa untuk each other, problem dekat kerja pun takde time nak share. Pulang ke rumah terus attend anak atau sebagainya. Tak saya bukan pakar, saya cuma rajin dengar ceramah *shy*.

act, copy paste ayat ni dari blog hanis zalikha. suka ayat dia. pinjam yeah si cantik manis. haha

mama dah cakap awal awal. "mama tak nak akak kawin awal awal..." lagi? "mama nak rasa duit anak anak mama dulu..." dot dot dot dan sewaktu dengan nyer. im too young to get married la mama. don't worry yeah. cewwaaahhhh, haha AIM saya masih berada di awangan dan belum tercapai lagi :)

btw, tahniah pada kak fatin dan abg epy. moga tahun depan cepat cepat dapat baby yang comel comel :DDD

pic kawin akan di upload later untuk simpanan. terima kasih ^_^

Thursday, November 18, 2010

ouch, bila si kecil sakit mata.

alololo, ciannya. sape tengah sakit mata sekarang ni? mesti korang pun dapat rasa benda yang sama kan.

act my little brother tengah suffer from this sakit. *erk,macam teruk sangat laa plak kan* um, mata dia gatal gatal and dia selalu gosok mata plus tonyoh toyoh mata dia sebab gatal yang terlampau kot. kadang kadang macam kesian sangat sangat.

mama ada bawa pergi klinik tapi doktor kata sakit mata biasa. fine, letak ubat ok. tapi untuk masa yang sekejap.

last thursday, bawa dia pergi hospital kuala lumpur. jumpa pakar mata. agak lama masa yang dibazirkan disitu yeah. sistem lambat gila nak mampus. sampai pagi around 9am. jumpa doktor after lunch time. lebih kurang pukul 1 kot. sorang makcik tu marah marah sebab dia dah tunggu lama. btw, dia bawa husband dia dari wad guna wheel chair lagi. husband dia ada problem dengan kepala kot. takut effect mata then kena buat checkup.

hope kekasih hati pengarang jantung saya berada dalam keadaan yang baik dan sihat sihat selalu. amin! :)

Wednesday, November 17, 2010

hari tasyrik


selamat hari raya aidiladha semua :DD

Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya aidiladha.

sekejap jew dah raya korban. rasa nyer macam baru lepas sambut hari raya aidilfitri. huishooo..

najmi tanya : mama, hari raya haji kenapa kita tak puasa? *haa, jawap jawap :DD

Hari Raya Haji adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 syawal Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan nabi ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya nabi ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

btw, just nak wish
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

Monday, November 15, 2010

the twins sister



mama kami kembar, tak tipu.
sekali sekala anak anak berangan kembar empat tak jadi masalah kan. haha

farah nasir+najwa nasir = edora deon+fyda deon

*fyda is missing. struggling with SPM. good luck babe :)


tag dari angah.

ada assignment dan hutang yang saya belum langsaikan.
tapi agak malas untuk lakukan nyer.
jawab dalam hati jew la yeah sayang kuh.
please jangan marah. haha :DD

angah yang comel.
good luck SPM!

Saturday, November 13, 2010

tutorial LIKE button FACEBOOK

ok sebenarnya aku dah penah buat post ni. sebab tak boleh copy paste coding. hee maap maap. so aku buat lagi sekali. hope so boleh. aku bukan pandai sangat pun. banyak tutorial dari blogger blogger. aku pun belajar dari orang. khas untuk saipool zameer :)


1) Dashboard - Layout - Edit HTML.

2) tick expand widget templates. ctrl + f : cari words

data:post.body

3) selepas words di atas, sila paste ini.


<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=450&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:60px'/>


hmm, show-faces=true, boleh tukar kepada false. itu fungsi nyer if taknak gambar orang yang click tu terpapar.

the end.

semester 5 sudah berakhir. lega sangat sangat. tunggu result jew. 26hb kalau tak silap. doa banyak banyak. hee

pagi tadi masuk dewan exam MUET dengan perut yang sakit. aiyakk! sabar sabar.

haa, lately suka sangat karoke. tah laa. influence dari sahabat sahabat. haha before study week karoke, after study week karoke. last night karoke lagi. padahal esok pagi nyer exam. fuh, semangat, haha thanks to anis, pejad and akmal. lain kali buat lagi eh :DD

the end.

Friday, November 5, 2010

happy deepavali


salam sayang sayang sekalian.
lama tak jumpa kan :DD

lokasi sekarang berada di rumah. actually tengah exam week sekarang. gap next paper 5days! means sambung isnin depan. duduk rumah sewa pun bukan buat apa. so, wajib balik kl. rindu family. balik nak study! yeah farah u can do it. tapi curi masa jap nak update blog. weee~

subjek untuk sem ni sangat kental. fuhh, teori habis. aku rasa student sekarang ni study sebab nak lulus exam. bukan nak belajar. pulun ingat, menghafal. result gempak tapi naik semester baru, yang lama semua dah lupa terus. lect aku pun selalu cakap benda yang sama. haha ye ke?

target sem ni nak dapat dekan. pointer untuk every subjek pun setakat ni ok laa. just kena usaha lebih, dekat paper final. doakan yeah, amin! :)


kalau korang nak tau, aku duduk area area batu caves. sambutan deepavali kat sini lain macam. meriah sangat sangat. dan untuk pengetahuan korang, aku duduk tingkat16 dan boleh saksi kan keindahan bunga api tanpa perlu pergi mana-mana.

selalu orang tengok percikan bunga api dari bawah, tapi semalam aku tengok bunga api depan mata dari atas. haha takut ohh.

dalam masa yang sama, benda benda ni kacau study aku. haish 3paper teori aku nak kena hafal. paper mikroP, PLC dengan audio visual. bukan study last minit tapi nak study balik nota nota yang aku dah buat. *eh,tapi lebih kurang la tu kan, haha meriah tapi bising sangat. macam main lawan lawan mercun sapa paling kuat. kacak kacau. btw, happy dewali! :DD

Friday, October 22, 2010

khas untuk orang tersayang.

khas untuk insan yang bergelar adik : achik!

ketika kecil, mama suapkan makanan dan mandikan kita. cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. ajar kita cara bermain. kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. sediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkannya ke lantai. mama membelikan sekotak pensel warna. kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding. mama pimpin tangan kita ke sekolah. kita ucapkan terima kasih dengan menjerit 'TAK NAK! TAK NAK! mama belikan aiskrim. kita ucapkan terima kasih dengan kotorkan pakaian mama

semasa sudah masuk alam persekolahan, mama menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas. mama bagi duit belanja untuk membeli makanan, kita ucapkan terima kasih dengan mengatakan bahawa duit itu tak mencukupi. mama terpaksa ikat perut untuk membayar perbelanjaan sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak belajar bersungguh-sungguh. suruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen. mama suruh belajar, nak exam. kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik dan tidur. mama suruh balik awal takut ada benda buruk berlaku pada anaknya, cara ucapkan terima kasih dengan menipu mengatakan ada kelas tambahan. mama tanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata 'itu bukan urusan mama lah..' . mama selalu bagi nasihat, tapi kita menjeling dan merungut 'mama, tollooonnggggg lahhhh! '

untuk adikku yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar.
ketika usianya mencecah 14 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan mama.

walaupun akak tak selalu ada kat rumah, im still your sister.
akak tak tau pe apa acik buat kat luar sana.
tapi akak yakin acik tak akan mengecewakan kami semua.

acik dengan nemi jew ada disamping keluarga selalu.
jaga mama, abah dan nemi baik-baik.

walaupun acik tak sayang akak macam sayang kak ngah, akak tak kisah.
but please respect others.

masa panjang dan banyak lagi.
belajar rajin-rajin. u can do it ok!
study come first. ingat tu!

dan paling penting sekali, please jangan buat orang risau.
semua orang sayang kak chik.
jaga perasaan orang lain.

ingat tak acik selalu kena marah dengan abah,
bukan sebab tak sayang. tp degil sangat. suka melawan.
insyallah hanya masa boleh ubah dirimu.

mama selalu call akak tanya pasal acik.
dulu mama pun selalu call akak tanya pasal angah.
penat nak simpan rahsia orang ni.
penat nak dengar semua ni.
penat nak pikir masalah orang ni.
sayang kamu semua ok.
aku kan akak :)

*p/s : macam tulis diari dan warkah terakhir. hee nak mampuih dah nii. love u yeah nurizzuani nasir :DD

Saturday, October 16, 2010

award

1. terima kasih kepada ANGAH yang beri saya award ni . susah susah jew. haha

2. Spread the award to 5 blogger who you like & you think their blog are awesome
semua blog awesome sangat sangat. tiada penilaian aku boleh buat.
dorang semua sumber ilham aku.
thanks for follow and kalau aku tak follow balik ampun dipinta.
tiada paksaan disitu yeah :DD

3. Tell 7 things about yourself
saya seorang isteri, ada suami and 3orang anak *tipu, haha

- suka senyum :) tak tau kenapa.
-sayang mama dan abah sangat sangat. they are mine!
- free to write. berblogging hanya sebagai hobi.
- study selagi boleh.
- suka bersukan. saya lasak ok! haha love softball.
- saya ada kembar : mira, fyda, wawa + me farah :)
*baca boleh percaya jangan
- bila tak kenal pemalu, bila dah kenal gila sama sama :D
*nak kawan dengan saya? angkat tangan, haha

Sunday, October 10, 2010

bukan kecil hati tapi takde hati.

haish, macam mana boleh ada kt sini? kat mana? penuh tanda tanya???

dulu kalau boleh aku nak selalu ada kat sini. tapi sekarang? takde hati langsung. dulu kalau boleh sebulan sekali baru nak balik kl. tapi sekarang? setiap minggu nak balik. kalau boleh hari hari nak balik. sebab? takde hati dah kat sini.

tu la sebab kita selalu balik atok.
sebab kita tak suka keadaan dan apa yang berlaku sekarang ni. korang tau kenapa? tah la. nak mati dah kot. semua serba tak kena. haish.

*maaf untuk entry yang sedikit kebengongan. cuma perlukan sedikit ruang untuk privacy diri. bai U_U

Saturday, October 9, 2010

ragam orang tua

sekarang ni nak pergi and buat apa apa semua kena inform mama. sebab dia sudah MAHIR menggunakan FACEBOOK. oh my ALLAH, tak boleh nak main nyorok nyorok dah. haha


sekarang gak weekend selalu balik kl. ayat terbaik dari atok "aii, asyik asyik balik. tak belajar ke kat sana..." aku pun balas "aii, tak balik karang tanya, rindu la plak.." sedih tok. jangan kecilkan hatiku lagi. haha

mama "kalau balik pun bukan duduk rumah. setakat balik merayap buat apa..." tapi kalau aku dok rumah and tak keluar langsung "ish akak ni, tak reti ke nak campur orang. jangan macam ni nanti nak kawen susah.." haha kelakar kan?

sekarang gak jarang naik bus. sebab selalu balik dengan senior. menggunakan kenderaan sedia ada motor nouvo ku sayang. sorang sorang tak berani ohh. dah sampai rumah ada suara belakang "balik naik apa? naik motor macam lelaki. bahaya tau.." tula atok saya, hee aku macam biasa suka menjawab "rileks la tok, kita naik motor pakai baju kurung. ayu gituu.." result nyer? dia senyum jew. haha

aku tahu dorang sayang aku sebenarnya. macam macam cara kasih sayang dapat diluahkan :)

i likes! haha love love.

alumni bekas PLKN seluruh MALAYSIA.


Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mengadakan suatu majlis gilang-gemilang bersama Bekas Pelatih PLKN. Majlis ini adalah salah satu usaha untuk mengumpul dan mengembalikan nostalgia serta memori indah bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) semasa menjalani latihan di Kem PLKN suatu ketika dahulu iaitu dari Siri 1/2004 sehinggalah Siri 7/2010.
Majlis ini akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 9 Oktober 2010
Masa : 9 pagi hingga 4 petang
Lokasi : Semua Kem PLKN Seluruh Negara

Tujuan majlis ini dianjurkan adalah untuk merapatkan silaturrahim antara Pengurusan Kem, Jurulatih yang tidak mengenal jemu mendidik anak bangsa serta dapat bertemu dengan rakan-rakan yang sama-sama pernah menjalani latihan tanpa mengira bangsa dan agama.

Datanglah beramai-ramai ke majlis tersebut sama ada ke kem asal anda ataupun ke kem-kem PLKN yang berhampiran dengan rumah anda!! Mudah-mudahan kehadiran anda semua dapat memeriahkan lagi majlis ini.
Pelbagai program menarik dan cenderahati istimewa menanti anda!!

Perkhidmatan Bas JLKN juga disediakan untuk memberi kemudahan kepada Bekas-bekas Pelatih PLKN supaya dapat menghadirkan diri di majlis yang istimewa ini.

................................................................................

for your info, alumni ni hari ni ok! sedih sangat sangat tak dapat join. waaaaaaaa~

plan bagai nak rak segala kena cancel last last minit. siap nak sewa kereta lagi. hee tapi memang gempak. semua plan menjadi. sewa kereta kancil lagi. haha so sweet! tak susah nak deal dengan budak budak ni. just aku jew yang mengecewakan.

tapi mama cakap dia risau, hmm, memang patut pun. pekan pahang. jauh kan? sorry to cik mila dan cik asmeera sebab tak dapat follow korang. experience kat PLKN Kem Semarak adalah the best :DDD

mengharapkan cerita cerita menarik dari korang. for sure ramai gila orang kan :|

Friday, October 8, 2010

dah lama tapi biar lah.

habuk habuk dah blog ni. almost 3weeks dah tak update dan sentuh. kesian kan. masa mencemburui kita. semua cerita dah basi. tapi nak story gak. pe kesah. cerita raya part 2 lain kali jew la eh :)

pengarang jantung sampai mati : MY FAMILY

family vacation dekat langkawi memang best sangat sangat. daripada naik flight, van, boat semua ada. angin, darat dan laut datang dalam pakej. memang awesome! borong sakan. macam biasa tak sah pergi langkawi kalau tak beli segala jenis pinggan mangkuk dan coklat.

sampai airport, ada van tunggu kami. sewa dalam rm150 satu malam. pergi apartment yang disediakan oleh CIMB bank. berapa harga untuk satu malam tak pasti lah. takde rest langsung, terus merayap sampai hari ke-3. apartment just guna untuk mandi dan tidur. haha penat tapi have fun. kena manfaat kan masa dengan baik. kan kan.

day 1 : burung ni sangat pandai!

day 1 : berani kan? haha 'tumpang' pegang ular. first time ohh.

day 1 : no title :)

day 1 : cable car. gayat gayat!

day 1 : jambatan gantung maybe. tengok tiang tu macam nak tercabut.
naik cable car wajib naik benda ni sekali.

day 1 : take picture. aku tengah buat apa tu? haha * thinking..

day 2 : macam model tak? :DD

day 2 : boating. pakej rm450 untuk 3jam. best!

day 2 : eagle feeding. banyak sangat helang.

day 2 : gua kelawar

day 2 : farida sakai, haha on the way back. siap hujan lebat lagi tengah laut.
peh, experience! tak boleh lupa nyer.
dekat laut ada restoran. boat drop by and ktorang have lunch dekat situ.
harga makanan triple dari darat. kira kira cepattt??

day 3 : budak budak yang dipaksa untuk berlakon. haha sejukk.
semua muka excited. good job! :)

day 3 : under water world. rm28 each.
mahal kan? ish2, cekik darah.

day 3 : jadual sangat pack. imagine 3hari kat sana tak pergi laut langsung.
singgah untuk amik gambar jew. jadi la kan.

p/s : through picture boleh imagine how the situation kan. *please say yes. please please. haha tak payah nak create karangan panjang panjang. ada orang request nak tengok gambar. malas nak upload kaf FB. kat sini pun jadi la kan :DD

Tuesday, October 5, 2010

bandar cahaya.

bandar cahaya part 1

petang sabtu gerak dari behrang lepas majlis anugerah ketua dekan dilangsungkan. ceh ceh, ayat skema sekejap. haha pergi open house isi perut kasi penuh dulu baru gerak pergi KL. selama dua hari makan free jew. haha nikmat nikmat.

lepak rumah aisyah then malam terus gerak pergi i-city. first time jejakan kaki kay i-city sangat lah excited! lampu lampu yang silaukan mata.


act pergi KL nak cari barang barang final projel bersama sama hero gadis-gadis melayu di atas ni. tapi lain pula jadi nyer. "kita amik jew la LED kat sini untuk final projek.." hahaha gelak dengan galak nyer. LED stand for Light Emitting Diode for students electrical dan electronic :)

bandar cahaya part 2

next week nyer aku ada attend satu weeding. then jumpa member member. request dari mereka untuk pergi i-city that night! ahaa, let go baybeh. aku as a driver. lai lai laiiii.

gerak dari kl kul 8pm sharp. sampai sana around 10pm sebab jalam pack gila. jem ohh. sampai jew kat shah alam hujan lebat selebat lebat nyer. "farah bawa kereta sopan ohh..." ahaa, saya memang macam ni. sori sori, hee

hujan tak menunjukkan tanda nak berenti. so, redah hujan adalah cara yang terbaik. dua orang yang excited dan kalis air. along dan angah. tangkap gambar mana yang patut then balik. cari tempat makan dekat selayang baru, taman bidara pekena sup ekor hujan hujan. memang terbaik! around 2am sampai rumah :)