Thursday, December 30, 2010

lagenda putera katak, episod last lah!


haa, dapat tengok episod last lagenda putera katak kat tv9. tu pun siaran ulangan. sempat tengok setengah jam jew plak tu. ayat macam sedih sangat la plak kan. haha

aku layan cerita ni hari hari. kelas everyday habis pukul4. sampai rumah lepak depan tv tengok cerita ni. walaupun agak tak logik tapi menarik. hari ni amik mc, lepak bukit bintang sekejap then amik mama dari opis. sampai rumah just sempat tengok cerita baru slot akasia yang ganti cerita seribu kali cinta tu, tiramitsu. haha pendek cerita, aku ni asyik dok depan tv jew la kalau kat rumah sewa tu.


nora danish cantik. suka sangat tengok dia. rileks jew pegang katak tu. siap cium lagi. terbaik lah.
ending cerita ni agak best. akhirnya putera ammar jadi manusia kembali lepas dapat ciuman dari tina. parents dia siap pengsan sebab tak percaya. pastu macam biasa, kawen lah. happy ending! lepas ni cerita apa yeah? ^_^

Wednesday, December 29, 2010

malaysia juara

yuhuu, malaysia menang la weyhh. walaupun tak berapa minat dengan bola, tapi gagah kan diri tengok gak sampai game habis. malaysia menang 4-2 dengan indonesia. tahniah untuk yang ke lima ribu tiga ratus juta kali. HAHA malaysia terbaekk!

aummm malaysia!!

jom tengok bola!
SEMANGAT, haha

MALAYSIA vs INDONESIA

*lama tak update blog ^_^

Saturday, December 11, 2010

siapa rasa rasa dah SUNAT angkat tangan.

sunat tu sakit ke? erghh. esok adik aku nak sunat. um, experience baru. tak sabar nak dengar dia jerit esok. haha

tapi adik aku macam cool jew. or buat buat cool tak tau la pula kan. macam tak takut jew. umur 7tahun. baru darjah satu.

sekarang trend sunat dah baru. tak macam dulu dulu rasa nyer. sekarang lagi meriah. rasa nyer event esok siap ada tepung tawar and pancut air dari pili bomba ramai ramai. meriah kan. perasaan takut tu dapat ditepis dengan jaya nyer.

fuh, tak sabar nak tunggu esok. macam aku plak yang nak kena sunat. HAHA

Sunday, December 5, 2010

murni discovery mamak @ SS2 aman suria PJ

memang padat, pack dengan manusia!

meja tersusun sepanjang kedai lain. can u imagine? and time kita makan ada orang stand beside u sebab nak book tempat tu dulu takot orang amik. siapa yang rasa dia need privacy time makan, tak sesuai pergi tempat macam ni. trust me.

act, dah seminggu rancang nak makan kat sini. ayu cerita yang kadai ni best. makanan dia banyak, air dia sedap. harga standard satu set rm15 atau rm13. tapi tak dapat bayangkan lagi masa tu kedai ni macam mana.

dari one utama ktorang gerak ke PJ. dalam 15minit sampai laa. sampai pukul 8.30pm tengok crowded gila. melayu, cina, india semua ada. 1 malaysia kan. HAHA


kami berenam semalam. tapi dapat satu meja jew sebab orang ramai. memang sempit laa kan. tapi makan memang puas. banyak gila. rasa nyer satu menu tu boleh share 2 orang kot.

satu set nasi goreng chicken chop dengan ribena special blanded harga rm15. kalau first time datang korang patot order air ni. memang terbaik. dalam air tu ada laici, tembikai dengan nata de coco. memang best. ais blended mango pun boleh tahan.

kedai ni buka dalam pukul 7.30pm. tapi masa ni pun orang dah tunggu. kami sampai dalam 8.30pm tunggu dalam setengah jam cari tempat kosong.

ada yang tunggu lama lama semata mata nak order roti canai. adakah patot? bagi aku macam tak berbaloi jew. tapi lepas tengok roti canai dia memang cantik laa.

first time datang macam jakun jew. macam promoter tak? haha u should try babe ^_^ datang awal tau nanti tak dapat tempat. *macam nak tengok shows atau bola takut tiket habis plak :)

Saturday, December 4, 2010

bila dah sampai seru, terpaksa laa.

morning semua!
tajuk entry macam hampeh kan.
tak tau nak tulis apa sebenarnyer.


next monday dah start rutin baru. start new semester. hopefully aku boleh buat dan berjaya. im a SENIORITA sekarang. haha macam tak percaya jew dah semester 6 and nak grad diploma. masuk tahun depan juga, im 21 years old! fuhh, takpe. its just a numbers. tp nombor ni macam besar sangat kan??

azam dan semangat yang baru konon nyer. nak yang lagi baik dari semester lepas. harap harap termakbul impian. macam macam dah rancang. kita hanya usaha. DIA yang menentukan.

semalam pendaftaran untuk semester baru. subjek untuk semester 6 nampak nyer lagi parah. kena lebih struggle lagi kot. macam biasa ada subjek elektif dan kena buat pilihan. konfius means tak tahu nak pilih yang mana.

semoga semua berjalan dengan lancar. study betul betul yeah farah. ketok dengan sudip kalau main main *motivate diri sendiri, haha

engineer to be :) wish me luck ^_^

Wednesday, December 1, 2010

perbezaan ikan keli halal dan ikan keli haram.


im a keli lover ok. i means ikan keli yang dah dimasak laa kan. ikan keli masak sambal ke, cili api ke. yum yum. lapar tiba tiba :)

tapi tadi tengah facebook walking terbaca benda ni. ada ke ikan keli halal dan haram? tak penah tau pun. jadi nak share la kan. keli punya pasal, HAHA


Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.

Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.


selama ni yang aku tau makan jew. sebab kalau makan kat kedai pun kepala ikan dah kena potong. makan kat rumah, abah dah siang awal awal.

hey, kawan saya dah kawen! [part 2]

entry ni adalah sambungan daripada entry part 1. bukan apa, sebagai kawan kena tunjuk kan sikit perasaan 'tumpang' bangga tu. tapi perlu ke? HAHA



saya nak kawen jugak! boleh ke? hee gatai naa ^_^

sama cantik dan sama kurus. sweet! hope happy always yeah.

dah jumpa! excited!

dah jumpa my identiti card balik!

punya lama tak update blog tu jew yang nak share? waste your time right. HAHA sape nak baca silakan.

adik saya yang bongsu sorok kan IC saya almost 1week! angin angin. nasib baik tak buat yang baru lagi. kalau tak terbang duit aku.

alhamdulillah dah jumpa. nak marah tak jadi sebab dia ada alasan yang cukup kukuh dan boleh tahan laa.

"sapa suruh akak tak bagi abang gula gula hari tu. abang amik laa.." erk, boleh terima ke alasan budak kecik ni??