Friday, October 22, 2010

khas untuk orang tersayang.

khas untuk insan yang bergelar adik : achik!

ketika kecil, mama suapkan makanan dan mandikan kita. cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. ajar kita cara bermain. kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. sediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkannya ke lantai. mama membelikan sekotak pensel warna. kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding. mama pimpin tangan kita ke sekolah. kita ucapkan terima kasih dengan menjerit 'TAK NAK! TAK NAK! mama belikan aiskrim. kita ucapkan terima kasih dengan kotorkan pakaian mama

semasa sudah masuk alam persekolahan, mama menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas. mama bagi duit belanja untuk membeli makanan, kita ucapkan terima kasih dengan mengatakan bahawa duit itu tak mencukupi. mama terpaksa ikat perut untuk membayar perbelanjaan sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak belajar bersungguh-sungguh. suruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen. mama suruh belajar, nak exam. kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik dan tidur. mama suruh balik awal takut ada benda buruk berlaku pada anaknya, cara ucapkan terima kasih dengan menipu mengatakan ada kelas tambahan. mama tanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata 'itu bukan urusan mama lah..' . mama selalu bagi nasihat, tapi kita menjeling dan merungut 'mama, tollooonnggggg lahhhh! '

untuk adikku yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar.
ketika usianya mencecah 14 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan mama.

walaupun akak tak selalu ada kat rumah, im still your sister.
akak tak tau pe apa acik buat kat luar sana.
tapi akak yakin acik tak akan mengecewakan kami semua.

acik dengan nemi jew ada disamping keluarga selalu.
jaga mama, abah dan nemi baik-baik.

walaupun acik tak sayang akak macam sayang kak ngah, akak tak kisah.
but please respect others.

masa panjang dan banyak lagi.
belajar rajin-rajin. u can do it ok!
study come first. ingat tu!

dan paling penting sekali, please jangan buat orang risau.
semua orang sayang kak chik.
jaga perasaan orang lain.

ingat tak acik selalu kena marah dengan abah,
bukan sebab tak sayang. tp degil sangat. suka melawan.
insyallah hanya masa boleh ubah dirimu.

mama selalu call akak tanya pasal acik.
dulu mama pun selalu call akak tanya pasal angah.
penat nak simpan rahsia orang ni.
penat nak dengar semua ni.
penat nak pikir masalah orang ni.
sayang kamu semua ok.
aku kan akak :)

*p/s : macam tulis diari dan warkah terakhir. hee nak mampuih dah nii. love u yeah nurizzuani nasir :DD

Saturday, October 16, 2010

award

1. terima kasih kepada ANGAH yang beri saya award ni . susah susah jew. haha

2. Spread the award to 5 blogger who you like & you think their blog are awesome
semua blog awesome sangat sangat. tiada penilaian aku boleh buat.
dorang semua sumber ilham aku.
thanks for follow and kalau aku tak follow balik ampun dipinta.
tiada paksaan disitu yeah :DD

3. Tell 7 things about yourself
saya seorang isteri, ada suami and 3orang anak *tipu, haha

- suka senyum :) tak tau kenapa.
-sayang mama dan abah sangat sangat. they are mine!
- free to write. berblogging hanya sebagai hobi.
- study selagi boleh.
- suka bersukan. saya lasak ok! haha love softball.
- saya ada kembar : mira, fyda, wawa + me farah :)
*baca boleh percaya jangan
- bila tak kenal pemalu, bila dah kenal gila sama sama :D
*nak kawan dengan saya? angkat tangan, haha

Sunday, October 10, 2010

bukan kecil hati tapi takde hati.

haish, macam mana boleh ada kt sini? kat mana? penuh tanda tanya???

dulu kalau boleh aku nak selalu ada kat sini. tapi sekarang? takde hati langsung. dulu kalau boleh sebulan sekali baru nak balik kl. tapi sekarang? setiap minggu nak balik. kalau boleh hari hari nak balik. sebab? takde hati dah kat sini.

tu la sebab kita selalu balik atok.
sebab kita tak suka keadaan dan apa yang berlaku sekarang ni. korang tau kenapa? tah la. nak mati dah kot. semua serba tak kena. haish.

*maaf untuk entry yang sedikit kebengongan. cuma perlukan sedikit ruang untuk privacy diri. bai U_U

Saturday, October 9, 2010

ragam orang tua

sekarang ni nak pergi and buat apa apa semua kena inform mama. sebab dia sudah MAHIR menggunakan FACEBOOK. oh my ALLAH, tak boleh nak main nyorok nyorok dah. haha


sekarang gak weekend selalu balik kl. ayat terbaik dari atok "aii, asyik asyik balik. tak belajar ke kat sana..." aku pun balas "aii, tak balik karang tanya, rindu la plak.." sedih tok. jangan kecilkan hatiku lagi. haha

mama "kalau balik pun bukan duduk rumah. setakat balik merayap buat apa..." tapi kalau aku dok rumah and tak keluar langsung "ish akak ni, tak reti ke nak campur orang. jangan macam ni nanti nak kawen susah.." haha kelakar kan?

sekarang gak jarang naik bus. sebab selalu balik dengan senior. menggunakan kenderaan sedia ada motor nouvo ku sayang. sorang sorang tak berani ohh. dah sampai rumah ada suara belakang "balik naik apa? naik motor macam lelaki. bahaya tau.." tula atok saya, hee aku macam biasa suka menjawab "rileks la tok, kita naik motor pakai baju kurung. ayu gituu.." result nyer? dia senyum jew. haha

aku tahu dorang sayang aku sebenarnya. macam macam cara kasih sayang dapat diluahkan :)

i likes! haha love love.