Monday, August 30, 2010

merdeka dan fasa ke-3 ramadhan


selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53
bulan ramadhan disambut bersama hari kemerdekaan sekali
malam ini dah masuk fasa ke-3 puasa
malam ini tepat jam 12 adalah malam sambutan kemerdekaan
masing masing sibuk tambah amalan
merdeka merdeka gak kan
malam LailatulQadar umat islam nak kejar gak
[dah macam pantun berapa kerat tah, haha]

lots of love
fArah <3

weekend yang sangat lama

masuk hari ni 4hari aku cuti since cuti NUZUL QURAN. kelas hari isnin cancel so sambung cuti sampai MERDEKA. nikmat nikmat. next week plak start cuti raya 2weeks. tak sabar!

tapi ada assignment yang sangat membebankan aku. adoi.. kena pergi jalan pasar cari barang untuk final project. jalan pasar kat mana? nak naik pe?
pening kepala. si AFIQ ajak naik bus. sesat kang satu hal. lastly, aku berjaya pujuk abah hantar sampai jalan pasar terus. siap tunggu sampai aku habis cari barang lagi tu. ilysm! :)


macam ni rupa nyer jalan pasar. haha tak dapat dibayangkan tapi memang macam pasar. janji dengan AFIQ nak jumpa kul10 tapi biasalah janji melayu 12.30 baru dia sampai. amik dia kat ktm putra then terus gerak. bikin aku panas je. nasib baik naik kereta. kau hutang aku aiskrim bro! haha

komponen komponen harga dia standard lah. tapi bagi aku mahal la gak. kecik jew pun benda nyer tapi harga besar punya. act, lecturer aku over excited nak kita orang siap kan project by this semester. gilak! push otak oh. tapi nak wat camne terpaksa ikutkan jew. orang tua kan, tak baik melawan. hee

hope so project ktorang menjadi. AMIN! :)

lain lain aktiviti? buka puasa ramai ramai kat rumah atok, celebrate birthday alia, pergi bazar, main bunga api, and the best part is.. weyh, 1st time aku tengok orang buat dodol! sumpah tak pernah tengok. haha JAKUN tak? dari masuk santan, gula pastu masukkan air kat tepung. jangan cair jangan pekat sangat. kacau dan terus kacau. kawah besar punya.haha macam macam gelagat. tapi aku tolong tengok jew la. hee :DD

*SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!

Friday, August 27, 2010

marah tanda sayang, benci tanda rindu [SYURGAMU RAMADHAN]



samarinda 'SYURGAMU RAMADHAN' setiap selasa sampai khamis 10 malam. cerita ni memang best. sedih sangat sangat. tapi cerita samarinda tv3 hanya setengah jam. buat orang tertunggu tunggu. nasib baik rumah sewa ada TV walaupun comel jew. break setengah jam dari study tengok cerita ni. test and assignment berlambak lambak.

SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan. dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan. kemaafan dari dendam yang terpendam.

sinopsis cerita :

Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil. Marlia suka melawan dan membantah. Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marli. Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah. Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri.

Itu kisah 16 tahun lalu. Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya.Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bongsunya. Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut. Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia.

Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia. Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata. Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun. Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada. Datuk Halimatun melihat program itu. Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar. Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini. Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.


wajib tengok yeh. lelaki yang rasa badjet jiwa rock pun boleh nangis tengok cerita ni. semalam lepas cerita ni habis semua orang sibuk update 'marah tanda sayang, benci tanda rindu..' termasuk laa kaum adam. :DDDDD

Sunday, August 22, 2010

hantu melayu dengan hantu cina gado ke?


past fews week ktorang ada dapat lect baru. Mr. Lam ganti lect yang cuti bersalin. dia sangat best dan happening tapi suka puji diri sendiri hensem.

um,so far camne puasa korang? harap harap semua ok. sekarang kan kita tengah sambut bulan ramadhan yang mulia. macam yang kita tau datok hantu, nenek hantu and segala cucu cicit si setan kena lock, gari and what so ever laa. so, takde sebab kita nak wat jahat. tapi kalau dah jahat nak wat camne kan. diri sendiri la kena ubah.

korang nak tau tak? *kenyit mata dua kali tanda nak, cepat cepat.haha*

menurut kepercayaan kaum cina, bulan ni adalah bulan hantu! kalau korang perasan sepanjang jalan kat taman perumahan mana mana la kan ada pacak bendera yang segi tiga warna warni and bakar pe tah. ada kan? itu makne nyer bulan hantu la. bulan ni hantu hantu cina dilepaskan. diorang sembahyang kat depan rumah sebab taknak bagi hantu masuk. what? takpe semua kaum ada kepercayaan masing masing. kita just hormat jew.

tapi hantu melayu kena tangkap? hantu cina kena lepas? apakah? haha mr lam kata jadi hantu melayu lagi best sebab kena tahan sebulan jew. sebelas bulan free :)

lagi satu, kita selalu dengar orang kena histeria la apa la kan. nampak pontianak, pocong, toyol laa. tapi pernah ke orang melayu nampak hantu cina? hantu india lagi tak penah. pernah ke dengar orang cina nampak pontianak? langsuir? haha kelakar doe. tak tau la kalau ada kan. tak sempat nak search kat google. kadang kadang benda macam ni boleh wat kita berfikir. kejadian tuhan tinggal nak percaya atau tak. yang baik datang dari allah yang buruk datang dari?..fikir fikir kan la.

*ok stop cerita mr lam.haha continue study farah! nak exam. chaiyok chaiyok! :)

Wednesday, August 18, 2010

hasil dari tak puas hati sama dengan?

tak terpikir pun nak update blog hari ini. tapi geram dengan member yang comment older post aku. tak comment kat blog tapi depan depan woo. anem ada post kt blog dia pasal tak kepuasan hati aku. tapi sori la update guna mobile so tak boleh nak link. kalau korang perasan aku ada edit post tu. *haha, macam ada orang baca jew kan selain 'dia'* kau ni boring la doe. dobodo! susah kan hidup gua.

faiz ada cakap dia tergelak bila baca blog aku.hee aku suka sebab aku rasa aku berjaya buat orang senyum. satu pahala untuk aku.haha

kawan yang aku sayang?
kucai,emi,faiz,nyot full stop.
kawan yang aku cinta?
anis,anem,fifie noktah.

mungkin list akan bertambah sebab kawan biar seribu. kan kan :)

*update ringkas hasil dari ketidak puasan hati!

Sunday, August 15, 2010

bila si kecil berpuasa..

macam macam ragam HERO aku ni buat nak dapatkan belas kasihan. sampai nangis nangis guling guling semua ada. aku tahan gelak jew laa. ayat yang dia paling suka 'dah pukul berapa ni? lambat lagi ke?..'haha 'please along, abang haus sangat sangat. abang minum jew tak makan. janji..' comel sangat merayu sambil nangis.hee

semalam buka kat luar dengan kawan kawan lama. wawa janji nak belikan kfc tok HERO aku sebab dia berjaya puasa sampai pukul 2.3o.haha tapi nak dijadikan cerita dia lupa and HERO tu merajuk. wawa nak balik JB so dia malas nak layan. 'ok ok esok along belikan tapi abang kena ingat kan la nanti along lupa..'

amik kau pagi pagi dah gerak aku bangun sahur and remind pasal kfc. 'petang ok kita pergi bazar sekali..' pas subuh tidur balik then around 8.3o am dia remind kan lagi sekali 'along dah pukul berapa? abang dah ingat kan along ok. abang nak kfc tak nak mcd takde ayam...'

dalam satu jam banyak kali dia ingat kan aku. sakit otak.haha

budak kecik pun berusaha untuk puasa inikan pula yang dewasa. alasan sakit perut and tak boleh tinggal rokok dah basi. dulu masa aku semester 3 abang abang proton yang duduk sebelah rumah, time puasa satu hari tak penah takde bau rokok. hari2 ada jew ada orang jadi naga. pe citer bro.

*HERO aku dah 7tahun. darjah 1. semoga abang jadi anak yang soleh. amin :)

Saturday, August 14, 2010

jangan panggil ARWAH untuk orang yang dah mati?

habis nak panggil apa?

tukarkan kepada almarhum / almarhumah, allahyarham / allahyarhamah atau nama je pun ok. ini kerana AL ARWAH adalah nama jin. tak pasti dari mana datang nya perkataan arwah dalam masyarakat melayu.

sejak Rasulullah SAW wafat 1400++ sunnah ditinggalkan. macam2 bid'ah yang sedang kita amalkan. jika disebut pasti ada bantahan sebab kita telah berkurun lama sinonim dengan amalan tersebut

*dapat dari sumber yang boleh dipercayai, just untuk dikongsi bersama

nak minta sumbangan korang boleh tak? sumbangkan atau sedekah kan AL-FATIHAH untuk atok saudara ku yang baru meninggalkan kita dan dunia pada awal Ramadhan dimana kita semua sedang seronok menyambut puasa. AL-FATIHAH..

Friday, August 13, 2010

housemates i yang terBAIK!

cik puan anis yang 'cun'

si baju merah tuan punya blog :DD


cik puan anem yang 'best', cik puan syida yang 'comel',
cik puan wani yang 'cantik'

jual jual sape nak beli minta borang kat aku, hahaha

enjoy this video ( boleh masuk mentor tau! :DD )

tengok jew senyap2 :)

1

2

3

klik cepat...

Tuesday, August 10, 2010

semoga bulan ramadhan membawa seribu makna

hey2,esok dah puasa. selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. persiapan? semoga boleh abes kan puasa full tanpa kedatangan 'tuttt'. baju raya tak prepare lagi. this weekend baru nak cari baju kurung yang dah siap. jom2.

susah kan time puasa ada kelas. malam jadual pack dengan assignment. ingat dulu masa kecik kecik and sekolah rendah, pergi solat terawih beramai ramai. solat 8rakaat jew. tu pun dah penat. lepas solat excited minta mama duit nak beli bunga api yg colourfull tu. berapa sen tak ingat la pula. yang pasti mercun bahaya yeh adik2 bunga api tak pe.hee tapi nama pun bunga api mesti la ada bahaya nyer. hati2 yeh.

haha tapi pengalaman memang best. dari kita kecil sampai besar sampai hari ini. rasa macam nak jadi budak kecil balik boleh?haha

anyway,macam kat older post, hari ini bermula diari baru dalam hidup masing masing. banyak kan amalan, solat terawih, tadarus dan lain lain. akan ku usaha ke arah itu :D

ampun dan maaf dipinta kalau ada silap and salah. lain kali buat lagi,haha raya minta maaf lagi sekali. weeee~

salam ramadhan dan sayang dari :
NURFARAHIN BT NASIR :)

Sunday, August 8, 2010

hiking kat BROGA! memang best wa cakap sama luu.

penat, tak cukup tidur,best, semua ada! u should go la babe. environment yang sangat lah indah. kabus2 yang tebal dan sejuk. kul 3pagi tapi lebih sikit dah bangun. haha kejut kezen2 ku tercinta dan paksu ku sayang. excited terlebih,hee

broga hills terletak kat semenyeh, kajang kot. nak cakap extreme takde la sangat sebab budak kecik pun ada naik gak. dah lama plan tapi baru pagi tadi terlaksana impian nak menjejaki puncak gunung broga!!haha

sape yang rasa2 diri dia mengeluarkan peluh yang sangat banyak sila lah bawa baju extra. air mineral jangan lupa. benda wajib tuu. cokelat ke kan. tapi yang pasti kat broga memang ramai orang. tapi kalau datang pagi takde la terik sangat panas kan. kamera sini sana. dah macam pesta.

pic will upload later :) cantik wok!

ok. done! update ringkas. penat sangat2. lepas ni nak balik rumah sewa pula. lagi? haa, HAPPY BIRTHDAY to putri si kecil molek.


*lepas ni dah bermula diari baru dalam hidup masing2. selamat berpuasa! banyak kan amalan yeh kawan2, terawih ke tadarus al-quran ke :DD

Saturday, August 7, 2010

1st cheque dari nuffnang!

waa,penantian suatu penyiksaan. haha cukup 2 bulan baru sampai. walaupun tak banyak tapi cukup puas hati. saya berblogging bukan untuk duit. ada masa update. takde, biar kan berhabuk sekejap.hee

tak payah nak large kan.hee malu kot. dari rm80 tepat kena potong rm1. biasa la tu kan.


act balik rumah nak dengar good news dari mama pasal family vacation kat langkawi, pastu dapat pula surat ni. syukur alhamdullilah.. :)

*esok nak hiking kat broga. excited! baru balik main badminton. pukul 4am esok dah kena ready. waaaaa~

Friday, August 6, 2010

lets get splashing!

1st update untuk sekian lama. korang rindu aku tak? haha

nak story pasal reunion my primary school. SKSHAH! lapan tahun tak jumpa babe. memang happening, gempak and macam2 perasaan ada. walaupun tak ramai yang join tapi mukabuku telah pertemukan kitorang. terima kasih banyak2, hee

location : sunway lagoon! dari kanan syammil yang chubby, farouqe yang sangat lah tinggi, zhafri yang sengal, murfid, huzairy dah ala2 noh hujan, saufi and izzat fauzi. gurlz plak ezzah, atikah adalah bos,haha salina, alaa damia, fify, aku and syima. yang duduk tu jamil and emi yang kecoh kan keadaan.

rugi sapa yang tak join wa cakap lu. haha paling best naik TOMAHAWK! waa, abang yang incharge benda ni memang gila. dah berhenti dia boleh buat lagi sekali. kira double la ktorang kena. amik kau! pening nak nangis, muntah semua ada. takotttt! macam nak tercabut jantung kau tau.

around 8 pegi dinner ayam penyet.hee sedap! kecoh tu jangan cakap lah. pok pek pok pek macam takde customer lain dalam restoran tu kan, haha sori la yeh lapan tahun tak jumpa memang macam tu. macam2 cerita nak diceritakan.

more picture korang boleh tengok kat sini. splashing! :DD

peh! lepas gian siot.


akhir nyer! dapat gak online

guna laptop or pc or apa2 la selain dari phone. haha

excited macam baru lepas rompak BANK!