Friday, April 29, 2011

bila ada rasa macam susah gilaa. bila takde rindu plak.

refresh, flashback the best moment being a student. seronok kan? macam macam pengalaman yang dapat kita rasa. 3tahun belajar kat sini. BEHRANG, tg malim dah jadi rumah no2.

paling best? dapat knowledge yang tak ternilai. ayat agak poyo tapi pe kisah, haha seronok jadi student tapi tak seronok belajar. boleh tak cakap camtu? aku tau korang pun rasa benda yang sama. tapi malas malas pun, hasrat nak sambung degree still ada. wahh, terbaik wok. doa doa la yeah :)

kawan? macam macam jenis kawan aku dapat. korang memang the best. classmate, housemate. and kawan kawan yang lain, salah silap harap di maafi. termakan, terminum, tercakap, tersenyum pape ke kan. soulmate? haha tak payah. hari raya nanti i minta maaf :D

last semester exam paper memang tangkap cintan habis. susah gilaaa sebab selaras satu malaysia. ada satu hari tu, 2 paper killer dalam masa 4 jam. gap rest 15 minit je *pitam*
yang pasti dah merdeka buat sementara. tunggu result je. harap ke arah success bukan failure :)

hah, ok done. nyte! =.='

Thursday, April 21, 2011

Hop Trailer


HOP, cerita pasal EASTER. gila comel.
thanks boifie <3

Wednesday, April 6, 2011

tolong lah jangan salah faham.


ouchh uolss, siapa2 yang rasa dia terasa dengan older post i tu,
u should not do that ok.
bukan tulis dengan sengaja.
banyak sangat yang tersirat dan tersurat.
apa apa yang kita buat mesti ada sebab nyer.
the truth is, sayang. tapi sebalik nyer? hmm

penat jaga hati orang :)

aku rasa 1 hari kat rumah macam berhari hari sekarang ni. different sangat sangat. dulu aku tak rasa macam ni. dulu lain kot. rasa ada someone or sometwo or some some yang faham. HAHA yang tak faham tu thanks yeah sebab sudi baca.

ADD ON : fact, mana ada HOUSEMATE dari neraka sayangg. more to sindiran. lu pikir la sendiri =.='

Tuesday, April 5, 2011

bencikan orang atau bencikan perangai dia?

HOUSEMATE dari neraka

ok full stop :)


hey2 APRIL, lama i tak update blog uhh. mem busy kan diri. bila dah ramai sangat yang tahu link blog, rasa macam tak best pun ada. bukan maksud tak menghargai korang korang korang, tapi tah laa. ada stalker tak kat sini? mesti dia dah boring tunggu post from me, macam bagos kan :)

saya bakal nak jadi penggangur. tak sabar nyerrr, haha good news? in a few weeks bakal menamatkan zaman bujang dengan tutttt. ok, silap2 :) in a few weeks, im no longer a student. get it? 3 tahun belajar, fuhh lama woah. lepas ni insyallah sambung degree. im 21, still young. aja2 fighting!! semoga tuah selalu bersama dengan saya, AMIN!



Saturday, April 2, 2011

AISHITERU ( Menunggu )-by ZIVILIA BAND

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
kupercayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru



Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
kupercayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru


saat ku sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
lupakan segala obsesi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
kupercayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

andainya lelaki tahu..

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

*copy paste dari my sistaa, najwa nasir :)

Tuesday, February 22, 2011

satu entry untuk bulan lepas terus. haha

assalamualaikum semua~

fuh, first time line berukband laju gila. mood nak update sebenar nyer takde pun tapi kesian tengok blog yang dah berhabuk ni.

almost a month tak balik rumah. busy buat apa tak tau laa. rindu najmi. mama cakap mata dia dah teruk. rasa nak nangis bila wawa bagi tau condition dia. memang la tengok tak seteruk mana. tapi bila balik rumah jew dia mesti nak tidur dalam bilik sebelah aku. so, aku dapat rasa kan bila malam dia garu garu mata dia. rasa macam nak ikat jew tangan dia.

study? so far so good. kuiz, test berjalan dengan lancar. dan baru baru ni ada majlis anugerah ketua jabatan (AKJ). best sebab dia macam pra-konvo. raptai, pengalaman naik pentas amik sijil. ramai sangat orang. tak sabar nye nak tunggu hari konvokesyen and graduation day.


lately, tak berapa sihat. demam datang sekali pakej. selsema, batuk semua ada. memang la tak tahan macam tu. batuk sampai nak termuntah muntah. haishh, setiap sem kalau tak sakit tak sah. tapi orang cakap sakit tu ujian kecik dari allah saw. penghapusan dosa dosa kecil. allahualam~

next week presentation projek. dah habis beratus ratus kat benda tu. rupa dah ada, motor dah gerak. tapi tah laa. bila masuk bengkel jew terus jadi blurr. tak tau nak buat apa. masa setahun macam tak cukup. mana tak nyer, banyak main dari buat.

entry untuk sebulan pun pendek ni nak update hari hari. takde idea! hmm, sambil menyelam minum air. ni pun tengah buat assigment, kalau tak, takde koje eden nak menhapdate blog ni. tunggu balik rumah nanti. hee nyte! ^_^

Tuesday, February 15, 2011

selamat menyambut hari maulidur rasul

tahun ni agak berbeza. biasa sambutan maulidur rasul tak pernah miss perarakan. pakai baju sama, bawak bunga telur. semangat kejiranan yang best dan menarik kan walaupun di kuala lumpur.

tapi kali ni i sambut maulidur rasul dekat rumah sewa. waaa~ sorang sorang plak tu. tengok orang berarak dekat tv jew. btw, mana mana pun takpe la kan. asal banyak kan selawat dah memadai.

selamat menyambut
hari maulidur rasul

Saturday, February 5, 2011

berita melaporkan banjir di kampung saya, muar JOHOR :D

pagi yang hening. ayat manis, haha cuaca sangat la baik. sejuk sangat sangat. tu lah nama nyer kampung. tidur tak payah pasang kipas dah cukup kesejukan.

pagi pagi orang belum bangun lagi dah gerak balik bukit gambir, muar. kampung sebelah abah. dengar cerita banjir, so nak tengok lah macam mana rupa nyer. lama tak main air, means air banjir la kan. so macam gayat sikit, sampai sampai terus ronda kampung dengan abah naik motor kapcai atok yang dah separuh semput tu. abah start enjin motor guna kunci kereta. haha gila antik!

masa kami sampai, keadaan takde lah teruk sangat. cuma pagi air makin surut. bila hari makin petang, air makin naik. turun naik turun naik, bila nak habis tak tau laa. nak kemas rumah tak boleh. barang semua dah alih kat tempat tinggi. the best thing is? boleh jala ikan wok. haha siap buat untuk dinner lagi. nasib baik tak buat barbeque ^_^

menurut portal rasmi kerajaan negeri johor www.johordt.gov.my Johor merupakan tempat yang paling teruk dilanda banjir. mangsa teramai adalah di daerah segamat iaitu 19,489 orang membabitkan 4,689 keluarga, diikuti Kluang dengan 7,680 orang daripada 2,044 keluarga.

Menurut Perdana Menteri, bencana banjir yang melanda Johor disebabkan fenomena cuaca yang luar biasa di mana jumlah hujan yang diterima negeri itu dalam sehari bersamaan dengan jumlah diterimanya dalam dua bulan.

"Ia adalah suatu fenomena cuaca yang luar biasa, di mana jumlah hujan yang turun itu tidak dapat diduga," katanya sambil menambah, fenomena luar biasa itu disebabkan oleh faktor pemanasan iklim dunia.

Thursday, February 3, 2011

hey, kampung i dah maju. confirm tak boring uuu.

zaman dah berubah. teknologi dah maju. tapi suka environment kampung. sejuk sangat. tenang!

dulu, keliling rumah atok kat MUAR, johor penuh dengan pokok pokok. ladang la lebih kurang. pokok kelapa, manggis, kedondong, rambutan, durian belanda, ciku, jambu batu dan macam macam lagi. boleh buat bussiness kan? ^^

halaman kat kampung biasa lah, besar. boleh muat lebih kurang 7 kereta. anak anak kecil tak payah main jauh jauh. lari keliling rumah dah berpeluh peluh. seronok tengok. i dah besar, tak boleh nak lari lari lagi. hee rindu zaman kanak kanak.

beza zaman budak budak dulu dan sekarang? dulu, merasa la jugak main kejar kejar, main guli, layang layang, gasing. and the best things is main rounders and susun tin. guna bola tennis, haha aktiviti yang sihat. sampai sekarang im 20, still main game yang lebih kurang macam rounders, SOFTBALL just lebih banyak peraturan dan guna peralatan yang disediakan. belajar dari pengalaman :) budak sekarang? 'akak, abang nak online..' ' kak farah, adik nak laptop..' itu dan ini. internet di hujung jari.

haa, apa yang dah maju tu?

sebelah rumah atok laa. dulu hutan sekarang dah ada rumah perumahan lagi. dah lama siap just tak bermesra sangat dengan jiran sebab tak selalu balik. the best thing is ; shearing is loving! dapat guna internet FREE uuu. dulu takde tapi sekarang ada. perubahan yang akan dimanfaatkan sebaik mungkin. bersyukur kan boleh online macam sekarang ni ^_^

Wednesday, February 2, 2011

ayuhh balik kampung!

cuti untuk beberapa hari. saya nak balik kampung.

happy holiday! ^_^

walaupun ada orang yang tengah bersedih lagi lagi tentang kejadian yang berlaku di MESIR sekarang ni. hidup mesti diteruskan. kesian lagi pelajar malaysia yang ada kat sana. rasa nyer tak payah cerita semua orang dah tau. blog blog bersepah bercerita mengenai hal ni. review >>> blog.ariff


sama sama lah kita doa agar mereka selamat sentiasa.

Tuesday, February 1, 2011

lirik awan nano - HAFIZ

serius! lagu ni memang tangkap cintan sama gua. jom layan~

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Monday, January 31, 2011

the green hornet 3D awesome!


1st time tengok movie 3D memang best. rasa macam real. 3D memang menjadi tapi tak sangat lah. coii, pe yang aku cuba sampaikan ni? haha lakonan Seth Rogen (Britt Reid) dengan Jay Chou (Kato) was awesome. kelakar and best.

Britt Reid (Seth Rogen) is the son of LA’s most prominent and respected media magnate and perfectly happy to maintain a directionless existence on the party scene – until his father (Tom Wilkinson) mysteriously dies, leaving Britt his vast media empire. Striking an unlikely friendship with one of his father’s more industrious and inventive employees, Kato (Jay Chou), they see their chance to do something meaningful for the first time in their lives: fight crime. But in order to do this, they decide to become criminals themselves – protecting the law by breaking it, Britt becomes the vigilante The Green Hornet as he and Kato hit the streets.The Green Hornet and Kato quickly start making a name for themselves, and with the help of Britt’s new secretary, Lenore Case (Cameron Diaz), they begin hunting down the man who controls LA’s gritty underworld: Benjamin Chudnofsky (Christoph Waltz). But Chudnofsky has plans of his own: to swat down The Green Hornet once and for all.


"black beauty" kereta yang sangat unik. techonology advance cars. super cool. Kato sangat hebat. *ayat skema, hee tapi lagi hebat kereta bumblebee. wink wink ^_^ transformer!

maybe korang boleh review kat sini. >>>> movie review

kawan zaman kecil sampai besar

kawan zaman kecil sampai besar. sekarang we are 20 years old. lama dude! since kami standard one. harapan, tak lost contact. boleh kan? dah meningkat remaja tapi still comel gitu. ahaks! ^_^

selamat hari wilayah
and
happy chinese new years
AND
selamat bercuti.

act, lama tak update blog. cuti cuti ni jew lah masa nyer. time untuk rehat walaupun assignment agak berlambak. haishh, adat la tu cik farah.

yang pasti, today was awesome. dapat jumpa norafify and diyana merican :DD macam artis plak kome ni.

lepaking kat KLCC. tengok movie, the green hornet. 3D the best. beza dengan filem biasa? movie tu akan double and moving kalau tak pakai 3D spek yang diorang bagi. smart woahhh. nampak real. prices untuk tiket agak mahal tapi berbaloi. lepas ni ada 3D harry potter. nak tengok laa ^_^

Saturday, January 22, 2011

pilih ikot standard ke ikot hati or kelayakan?

dua hari amik masa pikir. apa yang susah sangat tak tau la kan. benda senang. tengok, pikir pikir, gerak mouse, klik. siap!

sape cakap senang. haha gila serabut otak macam nak pilih calon suami jew. erk, betul yeah?


pilihan ditangan aku. this is the best choice maybe. doa dan harapan agar aku dapat masuk salah satu universiti pilihan. mana mana pun takpe asalkan dapat habis kan apa yang aku dah mulakan. amin~

last semester! sem6 sudah. kena buat lebih baik. chaiyok chaiyok farah! ^_^ wink wink

Thursday, January 20, 2011

hilang kan tension di bukit merah dengan monyet?

location : bukit merah.

haha monyet tu kawan kawan aku yang mereng lagi senget. ^_^

korang pernah bertandang ke kat bukit merah ni? nama macam gempak kan. ni nak habaq mai sikit, bukit merah terletak kat penang ok. minta la tolong en.google kalau tak tau gak yeah. dari kuala lumpur memang jauh. sakit pinggang gak la nak sampai sana.


paling best? sanggup sewa kereta tuu. haha gila kome nak naik motor dari tanjung malim tu. patah sepuluh laa pinggan eden. konvoi 4 buah kereta. 3 lagi kereta persendirian, ihsan dari ibu bapa. ^_^


kenapa tak pegi lost world kat tambun? kan lagi dekat. save minyak. macam macam orang tanya. act, kami dapat half price dalam rm15 sorang. so, 20 orang darab rm15 kan jimat tu. seronok bila bersama kawan kawan kan. ni first time aku jejak kaki kat bukit merah. tak banyak mainan pun. kalau nak have fun gila gila, aku lebih prefer sunway lagoon. tapi lantak laa. asalkan seronok.


sebelah theme park ni ada pulau orang utan. kesian hafiz. haha sori broo, pinjam gambar kau. haha agak interesting tapi tengok dari jauh jew. tak sempat nak pegi pun. penat mandi terus balik. takpe insyallah lain kali yeah *nak sedap kan hati, wink wink!

u should try la babe. lagi lagi boomerang kat situ. perghh, gugur jantung gua. takottt sangat sangat. tinggi mencuram. lagi satu yang best belon air. 6 orang sekali masuk. mula mula memang memang malu sebab ramai orang beratur tapi bila dah masuk tak ingat pun ada orang kat sekeliling. can u imagine? haha

preview

rasa blog ni macam bukan aku punya jew. berhabuk sangat sangat. nuffnang pun takut. bukan setakat takut nak letak iklan, tapi nak datang jenguk pun pikir banyak kali.

adat student semester akhir. busy memanjang. final projek, test, kuiz. macam macam. nak kejar pointer bagi gempak. konon struggle. tapi sumpah subjek semester ni susah ya amat. dulu boleh la gak balik seminggu sekali. tapi sekarang agak jarang.

refresh!

akan aku cerita satu persatu. HAHA *senget

Saturday, January 1, 2011

happy new year 2011


01012011 number yang best kan. boleh buat number ekor ni. haha

happy new year pada semua. hope azam tahun yang sudah langsai dan azam tahun baru bakal menyusul.

celebrate new year dekat dataran. macam biasa memang sesak dengan manusia lah kan. baru pukul 11 malam jalan dah jam. parking jangan cakap lah, memang terabur gila. tengah jalan pun jadi. takde keje betul datang awal awal kan. hee

member cakap sambutan new year dekat the curve agak best. i-city pun sama. betul yeah? yang pasti, harapan untuk tahun 2011 adalah lebih baik dan baik dari tahun tahun sebelum nyer.

tahun 2010

* tahun pertama aku bekerja. tu pun sebab praktikal. penat ohh.
info : tak pernah kerja walaupun part time :) 1st time act macam 'real engineer' haha pergi site visit best sangat.

*dapat motor baru, nouvo LC. senang nak pergi balik kerja. orang cakap kalau bawak scoot sambil pakai baju kurung ayu gitu. haha orang cakap la kan.

*dapat habis kan semester 4 dan 5 dengan jaya nyer. dapat dekan. buat mama proud sikit walaupun tak banyak. hee

*family vacation kat langkawi! experience yang paling best dan gempak. sayang ketat ketat.

*hujung tahun 31 disember 2010, dapat lappy baru. compaq presario CQ42 ^_^

banyak lagi pun. kenangan terindah. hee ^_^