Sunday, May 30, 2010

youth'10 best.

ada apa kat PWTC 28, 29 and 30 mei? first time pergi aku kasi 4 bintang. best is the answer. ramai gila2 orang.
kezen2 saya cik gendot dan cik buncit dapat tiket free sebab daftar online. aku? kena bayar rm5 sebab tak daftar. sengal gila lagi pun ikot last2 minute kan.

jalan punya jalan sampai time balik pun tak ingat. mak2 datin kembar dua tu bebel2 suda. haha maghrib baru sampai rumah.

dapat jadi cover girl cosmopolitan lagi tu dengan cik gendot. hee try lah cari kat kedai or bookshop confirm tak dapat punya. haha limited edition oh. :DD

Saturday, May 29, 2010

how to put LIKE button kat entry.

ok, aku tau semua orang pon dah ramai guna LIKE BUTTON ni, takde lah susah sangat nak buat benda ni.
entry ni khas untuk emb kawan lama saya :)

kebaikan benda ni ialah boleh buat visitors korang bertambah.. contohnya, bila korang like entry aku nanti automatically kat profile facebook korang akan tertera nama & link kepada entry aku.. so, kawan-kawan korang maybe teruja nak tengok apa yang korang likekan sangat tu.. let's start babeh!


1) Dashboard - Layout - Edit HTML.

2) tick expand widget templates. ctrl + f : cari words


data:post.body

3) selepas words di atas, sila paste ini.

sori agak kecik. klik untuk enlarge.


Thursday, May 27, 2010

dah 21 tahun ok.

umur aku + umur adik segala beradik aku = waaahhhh! :)

happy anniversary to ayahanda dan bonda tercinta. bersamaan yang ke 21. muda lagi oh. celebrate dekat restoran nelayan dekat dengan titiwangsa. melantak seafood yang segar dari ladang. eh2, silap. segar dari laut. hee

tengok, mereka pakai baju stripe and colour yang sama. jelez ni! jejaka yang hensem ni memang tak reti nak senyum bila amik gambar. tak caya? jom tengok pic di bawah.

1

2

betul kan? haha dah ajar tapi jejaka hensem ni tak reti gak. pemaisuri yang cantik ni memang murah dengan senyuman. macam anak dia. weee
tak pe la abah. tak senyum pun dah kacak dan bergaya. *puji sikit mana tau nanti dapat duit belanja lebih. :)

tengok udang diaaaa. ketam lagiii. wahhh.

*terima kasih mama dan abah sebab jaga akak dan besarkan akak. saya memang anak yang baik dan akan teruskan sifat yang ada tu. haha perasan bangat. love both of you!

cik boy dan cik girl.








*ingat nak jimat space buat scroll down. tapi tak kesampaian sebab tak reti. hee enjoy jew laa :)

Monday, May 24, 2010

pakcik boy kawen akhirnya

no idea nak letak title post ape. anyway congret to my uncle boy yang a bit gila2. kawen sudah akhirnya. jumaat sabtu ahad aku lepak muar. sanggup ponteng kerja. i mean EL, haha last minute plan nak ikot sekali. at least tunjuk muka gak kat ofis ;)

ada apa kat muar? rindu gila kenangan2 dengan teman2 sekolah yang mereng dan best lah.

ok back to topic. first time aku tengok orang nikah yang kelakar gila. pak imam yang cakap 'aku terima nikah..' haha bukan nak main2 kan tapi mungkin dia saja nak bagi pakcik aku tu cool sikit kowt. no komen,hee tapi alhamdullilah settle gak. 4kali baru ok. rekod tol. :) hari jumaat nikah sabtu kenduri. cuaca tak begitu baik, hujan dan sejuk.

*pic upload later. kita wat album story nnt. yehaaa! :)

MY WIGGY DESIGN

amik. cun ark? haha
love green tapi tak sempat nak decorate. harap tak kisah. colourful kan? :)









Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Thursday, May 20, 2010

football = adidas?

ADIDAS? jenama yang sangat popular sekarang ni. tipu la kalau ada orang2 diluar sana yang tak tahu pasal benda ni. ingat adidas ingat BOLA. betul tak? tak kan bedminton plak? ragbi? of kos not. lagi pun sekarang tengah demam piala dunia kan. game ni popular dari segala jenis game. raja sukan maybe.



bila nampak jew someone pakai barang2 adidas mesti nampak gempak+smart gila. walaupun aku budak perempuan and tak main pun bola tapi still sokong. haha ok takde kena mengena.

adidas adalah produk yang berkualiti. daripada barang2 sukan hinggalah ke penjagaan diri. macam2 ada. rasanya tak rugi berurusan dengan produk macam ni.

try usha this. adidas macam2 ada. shop for man, women, untuk kids yang suka sport pun ada gak.

macam biasa bola dan adidas adalah adik beradik yang tak dapat dipisahkan. bagai isi dengan kuku. ye ke? haha bola adidas, baju adidas, jersi adidas, apa lagi?

Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. The Project Alpha bloggers will be at the Adidas Pure Game Ole KO event on Friday (May 21), from 7.30pm-8.30pm. Catch them in action!














Tuesday, May 18, 2010

penyebab penyakit lupa

-makan makanan yang telah dimasuki serangga
-makan kepala ikan
-makan organ dalaman binatang
-makan epal masam
-membaca tulisan diatas batu nisan
-sering melihat kemaluan termasuk kemaluan sendiri tanpa sebab
-melihat najis ketika buang air besaramik kau. haha aku tak tau la kan kau lupa ke buat2 lupa ke tapi aku memang sakit hati gila. tapi aku anggap kau 'terlupa' laa kan sebab nak senang kan hati ni. *gila poyoss. mungkin busy with life, kerja lagi, kekasih hati lagi. malas mau bercerita. siapa makan cili dia terasa pedasnya.

tak reti la nak marah2. paham2 sendiri la. aku rasa benda ni kecik punya hal tapi tah la. janji tetap janji la weyh! :)

cemburu atasan dan cemburu bawahan?

malam tadi lepak kat rumah main game jew. nak online mood hilang. then mama paksa baca buku apa tah. haha tapi banyak info yang best. dia just bagi tajuk kita pikir sendiri. salah satu yang best adalah seperti diatas..

jom sama2 explore.

cemburu bawahan?
-cemburu dengan kekasih
-cemburu sebab orang tu lagi cantik or hensem maybe
-cemburu buta
-cemburu romantis
-cemburu sebab boyfriend or girlfriend rapat dengan orang lain
-apa lagi?

cemburu atasan?
-cemburu sebab result exam dia gempak gila
-cemburu tengok dia asyik belajar jew
-cemburu sebab orang asyik lebihkan dia
-um, any idea?

macam2 ada. tak boleh nak pikir dah. tak terkira kowt.

so,tips bagi orang yang cemburu atau orang yang dicemburui

jika anda yang cemburu
-cuba evoluasi diri. camne tu? tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi, haha paling bagus tanya jew kat orang yang korang cemburu tu. 'pahal kau?!' otai sikit, haha takde lah. terus terang is better kan. korang boleh jadi lebih baik dari dorang.

jika anda yang dicemburui
-jalin komunikasi yang baik. dekatkan diri dengan mereka. jika hubungan dah akrab kurang sikit kowt perasaan tu. haa, awal2 percakapan tu jangan terus minta maaf. nanti dorang ingat kita nak sakitkan hati dia. eh,ye ke? no komen. :)

*act jeles gila2 dengan si 'dia'. maybe sebab kejayaan 'dia' . rajin oh. no wonder la kan and sebab someone yang lain yang rapat dengan 'dia'. dua2 jenis cemburu ada kan? haha balance betul ;)
siapa yeh?

Thursday, May 13, 2010

happy nurses day!

makhluk asing dari planet mana tah. :p
happy nurses day!
jasamu dikenang. walaupun takde kena mengena dengan kita, haha
asyik jaga baby orang jew
cepat2 dapat baby sendirian berhad okeyh.
seorang yang poyo lagi poyo. just kidding,haha

Wednesday, May 12, 2010

masa depan yang macam mana aku nak ni..


ENGINEER bangga sangat ke?
BUSSINESS MAN/WOMEN macam bagus?

benda ni sentiasa berkait. ingat masa mula2 fikir tentang cita2, haha lagi2 masa nak isi borang IPTA/IPTS. mesti nak pilih course yang gempak2 ikot kebolehan masing2. boleh la bangga sikit bila dah berjaya nanti. mungkin ada sebahagian yang berpendapat macam tu kan.

masa kat kampus or mana2 yang berkaitan lah, budak2 engineering orang pandang tinggi jew. budak2 len 'tak popular' ye ke?

tapi bila fikir2 balik, orang yang amik engineering ni la yang akan makan gaji sebenarnya. tahu2 budak2 business dah ada kedai, restaurant, butik or pape la sendirian berhad. engineering or designer or pape yang setaraf dengan nya mampu ke awal2 kerja bergerak sendiri? tak boleh nyer.

ada sorang supplier datang ofis last month
' u rasa kerja macam ni ada banyak untung ka? kalau i jadi u i pergi bukak kolam ikan or tanam sayur. lagi banyak untung. '
aku senyum jew *aku budak praktikal la apek! (dalam hati)

kak dina, mechanical engineer kat ofis pun penah cakap.
'akak kalau nak future study, akak nak amik bussiness'

fuh, cubaan dan dugaan betul.

wan member aku lagi melampau. daripada degree in mekatronik nak buka ladang kambing. haha macam 'low class' jew bunyi tapi insan2 macam ni lah yang akan berjaya dan ber'wang' dengan banyaknya.
anyway, aku nak pastikan cita2 aku tercapai dulu baru pikir benda lain. boleh ke? azam baru yang tak berapa nak baru.
IR NURFARAHIN BTE NASIR
insyallah. :)

*apa motif aku cakap benda ni? haha paham2 sendiri. berusahalah! chaiyok2.

Sunday, May 9, 2010

maksud huruf pertama nama..


sound intresting. kredit to tuan punya blog.

nama budak perempuan banyak yang mula dari NUR or NOR or NURUL

N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

nama aku nak pilih N or F?

F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

*saya memang baik and susah nak maafkan orang. tapi i setia ok! :) haha yang pasti benda ni datang dari diri sendiri. cara kita nak corakkan hidup masing2. nak baca boleh nak percaya suka hati lah.

perempuan yang paling aku sayang

sedih! tu je yang boleh aku katakan. suddently dapat MSG dari adinda ku, cik wawa. air mata nak keluar and tak boleh nak sekat2. aku tau dia pun nangis kat sana. Kem Sibu, Sarawak adalah saksi bagi dia. hanya melalui SMS kami mampu mengalirkan air mata. peduli apa ayat jiwang, yang pasti kami tahu apa yang kami rasa.

sayang dia sangat dan tau anak2 adalah sumber kekuatan dia

' keep stand for her ye kakakku. now we are her strength'

sayang kau sangat2. happy mothers day!



*lagu yang best. i like :)


Friday, May 7, 2010

permainan PopCap yang best

aktiviti harian aku kalau takde kjew kat ofis men games 'plants vs zombies'. kalau ada kerja penat la teramat2 sangat. tapi kalau takde kjew boring la gila2. haha banyak songeh plak eh.

ok, jom bercerita. games ni pasal mayat hidup atau zombies yang muncul di kediaman dari perkuburan berhampiran. untuk lawan zombies2 ni korang just perlu gunakan pelbagai jenis tumbuhan untuk mengelakkan zombies sampai ke dalam rumah dan makan otak korang, haha macam kelakar bunyi nya tapi tak salah kalau mencuba. best!


jalan cerita yang ringkas dan tak yah nak susah2. just gunakan tetikus atau 'mouse' korang untuk gerakkan dengan cara point and click.
mula2 aku tak reti main gak. tekan punya tekan expert dah oh sekarang ni,haha


nak tanam tumbuhan korang perlu kumpulkan cahaya matahari secara semula jadi atau dari pokok matahari. macam2 jenis tumbuhan ada. best jew bila tengok zombies2 ni mati kena tembak,kena bom atau pukau atau pape pun lah. haha tumbuhan tu boleh tukarkan kepada tenaga dan senjata untuk kalahkan zombie2 tu.

walaupun games ni nampak macam kebudak2 kan, permainan kasual dan ringkas tapi best sebab bagi pengalaman dan faktor keseronokkan yang berterusan. tau2 jew dah 5.45 pm. balik ofis daaa. :)

Thursday, May 6, 2010

terdengar 'bisikan jin'


tak boleh terima betul. balik je ofis aku terus cari cerita ni. tak sempat baca paper. excited la konon. cik tipah cerita tadi macam menarik + bodoh pun ada. ada gak manusia macam ni. alasan tak boleh terima.

aku dapat ni dari metro online

'Kononnya kerana terdengar ‘bisikan jin’ yang menyatakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang anggota tentera tergamak menoreh kemaluan isterinya yang memasak hidangan tengah hari di dapur rumah mereka di Bertam Ulu, kelmarin. Lelaki terbabit dipercayai melakukan perbuatan kejam itu selepas timbul perasaan cemburu selepas dikatakan diberitahu jin dalam rumahnya bahawa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, lalu menoreh kemaluan wanita berkenaan.'

hah, suami isteri yang dah lama hidup bersama pun boleh jadi camni. ini bukan cemburu dah bang. siapa salah?

orang selalu cakap cemburu tanda sayang. setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. tak kira masa zaman kanak2, remaja or dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama. hoho

tak dinafikan aku pun seorang yang cemburu teramat sangat. tapi cemburu pun agak2 lah. waras lagi nak pikir yang mana baik dan yang mana buruk.

yang baik jadikan teladan yang jahat jadikan sempadan. eh,betul ke? haha

Wednesday, May 5, 2010

My Message to AIDSAware

anak yang suka bermain dengan pensil dan kertas.

AIDS, AIDS dan AIDS stands for acquired immunodeficiency syndrome. baik ke? buruk ke? semua ada perspeksi tersendiri.
AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit.

salah perempuan or salah lelaki? yang pasti salah diri sendiri. kadang2 something yang kita tak mahu dalam kehidupan terjadi dengan tidak sengaja dalam keadaan yang tak dijangka. doa2 semoga tuhan panjang kan umur dan beri kesihatan yang sempurna. amin.

macam2 cara AIDS boleh merebak. budak kecil pun tau. tapi masalah ni still berleluasa. derma darah, seks bebas macam2 lagi. air liur and peluh takde kena mengena ok. jangan salah kan diorang :) menurut RUUMZ, 13 00 rakyat MALAYSIA mati sebab AIDS/HIV. tak boleh bayangkan.

project ni sebenarnya bagos. sama2 cari ilmu dan dapat ilmu. dalam masa yang sama boleh berkempen. haha lukis benda kat atas tu dengan hati yang suci,weee

jom tengok video project ALPHA. :)






wanita jelita bawa penyakit

hiasan semata2 :)

baca paper metro online. cam tipu pun ada benda ni. kalau cantik semua nya cantik ke? jom kongsi sama2.

LONDON: Menemui wanita cantik adalah tidak baik untuk kesihatan anda.

Menurut kajian saintis Universiti Valencia, dengan hanya lima minit bersama dengan seorang wanita jelita boleh meningkatkan paras kortisol, hormon stres tubuh.

Kesan itu meningkat di kalangan lelaki yang percaya wanita berkenaan bukan setaraf mereka.

Kortisol dihasilkan oleh tubuh di bawah tekanan fizikal dan psikologi dan dikaitkan dengan penyakit jantung.

Penyelidik menguji 84 pelajar lelaki dengan meminta setiap seorang daripada mereka duduk dalam bilik dan menyelesaikan teka-teki Sudoku.

Dua orang asing, seorang lelaki dan seorang wanita juga berada di bilik yang sama.

Apabila wanita berkenaan meninggalkan bilik dan responden hanya tinggal bersama lelaki asing itu, tahap tekanannya tidak meningkat.

Bagaimanapun, apabila responden hanya berdua dengan wanita asing itu, tahap kortisol mereka meningkat.

Penyelidik merumuskan: “Dalam kajian ini, kami menganggap, bagi kebanyakan lelaki, kehadiran wanita jelita mungkin mencetuskan persepsi bahawa terdapat peluang untuk berkenalan.

“Walaupun sebahagian lelaki mungkin mengelak menemui wanita jelita kerana beranggapan mereka tidak setaraf, majoriti akan berasa bimbang serentak dengan tindak balas hormon.

“Kajian ini menunjukkan paras kortisol lelaki meningkat selepas pendedahan sosial lima minit dengan wanita muda dan jelita.

Kortisol boleh memberi kesan positif jika dosnya kecil. “Tetapi jika parasnya meningkat begitu tinggi, ia boleh memburukkan kesihatan seperti menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan mati pucuk.

*bersyukur dengan apa yang dikurniakan :)


Tuesday, May 4, 2010

bosan berblog?

ok salah title. haha act, bosan gila kerja hari ni....

hasil karya bila keboringan melanda.

wedding at kuala kangsar

bila nak kawen ni? tak terfikir ke arah tu lagi. saya kecik lagi lah! haha kalau ada abang korea yang nak kawen ngan aku boleh gak. haha merepek. act nak story pasal wedding kakak anem.

hari jumaat amik cuti semata2 nak pergi kuala kangsar. jakun! haha sori bos cuti tak gtaw.
so, sebelum solat jumaat dah ready. tiket bus belum beli lagi. abah hantar sampai jln duta. naik bus transnasional kul 3pm. sampai dalam kul 6pm. tak awal tak lewat. hee

malam tu kak lin nikah. penat2 tapi enjoy. 1, 2, 3 smile :) dia sangat cantik.

ini kisah kami. sanggup datang jauh2 and amik cuti tau tak anem. sayang korg lah.

tema wedding kelabu biru maybe. aku pun tak paham. tapi yang perempuan cantik sangat. yang lelaki tak perasan plak ;)
tolong makcik2 potong buah2 an nak buat rojak. sedap kan rojak aku? *wink2

*en haffiez call kirim salam kat semua.

continue, haha berkat usaha photographer import dari indon *tipu* dapat lah gambar yang cantik2 ni. camera dia cun oh. bila nak dapat ni??
malam adalah masa untuk berpoya2. hayati keindahan lampu2 neon and apa2 yang ada lah. sori gambar agak gengster. tapi cool,hha tengs anem!

spend time with korang adalah the best. pusing2 jalan2 kat masjid yang indah rekaan nyer, istana yang cantik. ok done! :)